Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PANCING DARI SEKARANG, BULAN DEPAN PRU 13

03 Mei, 2012

Umno BN Pancing Undi, Elaun Tetap Perumahan Penjawat Awam Bakal Di Naikkan?

Berdasarkan rekod, elaun tetap perumahan (ETP) masih tiada perubahan dan angka yang digunapakai dan masih lagi dipertahankan sehingga sekarang untuk tempoh 10 tahun lamanya. Baru-baru ini, kakitangan awam telah mula menikmati gaji SSM baru 2012 dan kini Cuepacs telah tampil dengan satu lagi usul dan tuntutan kepada pihak kerajaan bagi mewakili sebahagian besar kakitangan awam di Malaysia.


Kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman : Kajian Elaun Tetap Perumahan (ETP) Perlu Ditambahbaik
“Mengikut perkiraan saya, elaun tetap perumahan ini tidak lagi diperhalusi sejak kira-kira 10 tahun lalu. Secara logiknya, sewa rumah sekarang pun mungkin sudah meningkat hampir sekali ganda berbanding sedekad lalu.
“Justeru, saya berharap elaun ini dapat dinaikkan pada kadar bersesuaian dengan kos hidup sekarang kerana sewa rumah di Kuala Lumpur memang membebankan termasuk golongan muda yang baru bekerja,” katanya. (Presiden Cuepacs – Datuk Omar Osman)
Antara Tuntutan Penambaikan Elaun Tetap Perumahan (ETP) oleh Cuepacs
  1. Memperluaskan pembinaan kuarters yang ketika ini hanya terhad untuk bidang kerja tertentu seperti kakitangan hospital dan polis kerana terdapat banyak aduan kalangan kakitangan awam tidak tahan menanggung beban sewa rumah yang terlalu tinggi di ibu kota
  2. Memberikan perhatian lebih kepada golongan muda golongan yang baru mula bekerja di sektor awam kerana menerima tekanan paling hebat kerana gaji permulaan mereka pastinya rendah
  3. Elaun tetap perumahan di kalangan penjawat awam khususnya bagi gred 40 dan ke bawah perlu dikaji semula terutamanya bagi kakitangan awam yang bertugas di ibu kota
  4. Kadar pemberian elaun tetap perumahan mestilah berbeza-beza mengikut kawasan bagi mengelakkan penjawat awam di bandar menanggung beban kos hidup lebih tinggi
Kami sendiri agak bersetuju dengan tuntutan Cuepacs. Nilai yang digunakan masih lagi ditakuk lama sedangkan kadar sewa rumah sekarang sudah lama meningkat naik lebih-lebih lagi di kawasan bandar. Dan satu lagi, elaun perumahan seharusnya tidak sama, kerana kadar sara hidup jauh berbeza antara kawasan bandar raya besar seperti Kuala Lumpur tidak sama dengan luar bandar.

Zaman sekarang jikalau diberikan RM180 sebulan, sekejap sahaja habis dibelanjakan untuk tujuan dan perkara-perkara yang penting. Dan sememangnya, elaun perumahan RM180 itu memang tidak relevan dengan kos sewa rumah dahulu dan sekarang. Sewa bilik sahaja adakalanya sudah mencecah RM 200 – 300 sebulan contohnya di Sabah. ‘
  1. Jika dapat kuaters : Tolak semua elaun perumahan (RM180), COLA tolak separuh (RM150) +  air dan elektrik bayar sendiri
  2. Jika dapat kuaters jabatan : Elaun perumahan tolak separuh sahaja (RM90) + COLA tetap tolak separuh (RM150) + air dan elektrik bayar sendiri
Jika diperhatikan kadar sewa kuarters yang disediakan ini masih lagi berpatutan berbanding kadar sewa bagi keluasan sama  bagi yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor.

Cuma kami berharap Cuepacs jikalau mahu membuat tuntutan, buatlah tuntutan meliputi semua peringkat. Sebaik-baiknya diselaraskan untuk kakitangan bawahan dan atasan. ~beritasemasa

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.