Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Polis dakwa ada bukti pihak mahukan ‘kematian berlaku’ ketika Bersih 3.0

May 14, 2012
 
KUALA LUMPUR, 14 Mei – Polis menyokong dakwaan Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa terdapat ada pihak yang mahukan berlakunya insiden kematian dan kecederaan serius sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, dan mengesahkan mereka mempunyai bukti terhadap dakwaan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata bukti tersebut berdasarkan video yang dikumpul pihak berkuasa terbabit ketika perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih di Dataran Merdeka.

“Memang ada pihak yang mahukan kematian berlaku. Saya rasa bukan setakat menteri yang berkata begitu ... kami pihak polis turut mempunyai bukti,” katanya kepada pemberota di sini.

Khalid menjelaskan pihaknya mempunyai video yang menunjukkan ada individu yang mengatakan berkenaan kematian ketika perhimpunan Bersih tersebut.

“Kami mempunyai simpanan video yang menunjukkan ada pihak yang menyebut tidak mengapa jika ada lima orang mati sekalipun,” katanya, menambah wartawan boleh melihat video itu dan membantu pihak polis mengenal pasti individu terbabit.

Namun Khalid berkata tiada tindakan setakat ini diambil terhadap individu tersebut kerana dia tidak melanggar mana-mana pruntukan undang-undang.

Hishamuddin sebelum ini berkata beliau bimbang jika berlakunya kecederaan serius dan kematian dalam perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu.

“Saya lega apabila tiada seorang pun yang meninggal dunia. Tapi ada pihak yang mahu ia berlaku,” katanya.

Perhimpunan 28 April menyaksikan ribuan peserta berkumpul di enam lokasi berasingan sebelum bergerak menuju ke Dataran Merdeka pada mulanya aman bertukar ganas apabila Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan mengarahkan peserta untuk bersurai.

Namun arahan bekas pengerusi Majlis Peguam itu tidak diendahkan pengikutnya yang berkumpul di sekitar dataran yang dikawal dan dipagar ketat pihak berkuasa.

Sejurus sebelum 3 petang, sebahagian perusuh merempuh halangan tersebut dan memaksa polis bertindak melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh.

Polis kemudiannya terus mengejar perusuh ke beberapa jalan dan suasana tegang dan kecoh menyaksikan keganasan dari kedua-dua belah pihak berlangsung hampir empat jam.

Beberapa perusuh mendakwa dibelasah pihak polis dalam lingkungan 10 orang dalam satu-satu masa dan video membuktikan dakwaan mereka, namun pihak polis menafikan perkara itu, dan mengatakan perusuh juga melakukan keganasan terhadap pihak berkuasa terbabit. Kereta polis turut rosak, malah diterbalikkan oleh perusuh.

Khalid turut menambah, 21 individu dikehendaki dalam senarai polis telah menyerah diri mahupun ditahan polis.

“Kami beri mereka masa sehingga esok (untuk menyerah diri), kami telah mengenal pasti identiti mereka.

“Tiada waran diperlukan kerana merusuh adalah jenayah dan boleh ditahan tanpa waran,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.