Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tun, kan Datuk Harun Taib ada?

Kesan perhimpunan ratusan ribu rakyat dalam Bersih 3.0 masih menenggelamkan orang-orang Umno dalam pesta tuduh menuduh. "The blame game is far from over," kata seorang kawan bila ditanya tentang Umno.

Saya menerima sms dari kawan yang lain yang menceritakan bahawa orang-orang Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "soft and stupid to handle the situation". Mereka begitu desperate atau terdesak kerana Bersih 3.0 itu, kawan saya kata dalam sms itu.

Mereka juga, katanya, dok "looking at other 'ways' to ensure continuity". Bila dia kata "other ways" tu, bolehkah saya kata, jangan bimbang Dr Mahathir dan orang-orang Umno, kan Datuk Harun Taib ada?

Bercakap fasal Harun, teringat sms seseorang kepadanya yang disalinkan kepada saya (saya edit dari segi ejaan sahaja, kata-katanya saya tak ubah):
Dalam satu hari, kepercayaan rakyat pada PAS yang dibina selama ini runtuh semua kerana statement Tuan Guru. Semua kata PAS bakal khianat undi. Harap Tuan Guru boleh tidur selesa dan ada jawapan untuk jawab di Akhirat, bagaimana mulut Tuan Guru seorang mensia-siakan usaha satu jemaah PAS untuk menangkan Islam dengan membuang Umno yang munafiq. Ramai menangis kesakitan hati. Terima kasih Tuan guru kerana membalas cinta kami kepada parti dengan mudah dan kejam. Kesian Tuan Guru Hadi yang turut terpalit, semua gelar Tuan Guru Hadi lidah bercabang seperti Najib. Tidur lena Tuan Guru.
Bercakap fasal Harun, saya teringat pertanyaan seorang pemimpin PAS. Dia tanya saya: "Bila PAS betul-betul bertembung dengan Umno (maksud dia betul-betul head-on collision dengan Umno), pernah anta tengok Ustaz Harun duduk depan (maksud dia di barisan hadapan)?" Allah Maha Menyaksikan dan Maha Mengetahui, pemimpin PAS yang tanya begitu kepada saya itu bukan dari puak yang depa panggil puak Erdogan dan bukan juga puak Mat Sabu.

Sebelum ini saya selalu kata kat kawan-kawan, perkataan fatwa mestilah dibuang dari jawatankuasa fatwa yang berfatwa tentang usaha rakyat menentang kemungkaran baru-baru ini. Nak jadi jawatankuasa apa, lantaklah. Tetapi pada saya, itu bukan jawatankuasa fatwa. Saya tak naklah kata jawatankuasa pelacuran yang lendir. Tak baik kata gitu.

Bila perkataan fatwa patut sangat-sangat dibuang dari jawatankuasa itu, jangan sampai orang kata perkataan ulama pada Dewan Ulama di dalam PAS itu patut dibuang juga dan tinggal perkataan Dewan sahaja.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.