Pasca demo: Bersih 4.0 atau revolusi? (1)
editor1 | Apr 30, 2012 | Comments 0
Oleh: MSKMungkin soalan ini terlalu awal untuk ditanya. Ada yang masih ditahan, ada yang masih belum balik rumah dan mungkin ada yang masih dihospital. Tapi percayalah, soalan ini sudah berlegar dimana-mana.
Selepas selesai Bersih 3.0 Perak Sabtu lalu, aku dijemput untuk kemajlis jamuan makan malam di sebuah gereja di Buntung. Ramai yang aku kenal dan kami bersembang. Diantara persoalan yang ditanya ialah “apakah ada Bersih 4.0 selepas ini?”.
Jawapanya aku dah bagi sebelum Bersih 3.0 lagi, bila aku bagi peringatan kepada team Mediaperak supaya jangan lupa juga bergambar sebagai kenangan sebab lepas ni mungkin dah tak ada Bersih lagi dah.
And to my surprise, yang berfikiran macam tu rupa-rupanya lebih ramai. Malah seorang Pastor telah menyebut secara terang-terang dalam “khutbah”nya, bahawa selepas ini, sekiranya BN tidak menunaikan tuntutan Bersih 3.0..Bersih 4.0 tidak mungkin akan berlaku. Sebaliknya yang akan berlaku ialah revolusi.
Pukul 10 malam aku balik ke Ipoh dan minum-minum dengan member-member penganjur Bersih 3.0 Perak. Perkara yang sama juga dibincangkan dan jawapan yang sama juga didengari.
Alasanya? Kita sorot kembali apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas Bersih 3.0.Ada beberapa perkara yang aku tak boleh tulis sebelum demo Bersih 3.0 tapi sekarang dah selesai, boleh la aku cerita.
Pengumuman untuk mengadakan Bersih 3.0 dibuat pada 4 April. Bermakna hanya ada 24 hari untuk dilaksanakan…dan aku rasa keputusan itu dibuat secara tergesa-gesa. Kemudiannya, baru aku dapat tau bahawa keputusan itu dibuat kerana ada info, BN memutuskan akan mengadakan PRU 13 dalam bulan Jun tanpa membersihkan dulu Daftar Pemilih dan pelbagai manipulasi SPR.
Apa yang dirancang dan diputuskan oleh Jawatankuasa Bersih 3.0 di KL, tak ramai yang tau. Aku sendiri tak tau. Apa yang aku tau tentang Bersih 3.0 hanyalah berdasarkan berita dalam laman web Malaysiakini atau Malaysian Insider. Dan boleh dikatakan, hanya kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Ambiga dan Maria Chin saja yang ada.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam Malaysiakini, Maria Chin memberitahu bahawa Bersih 3.0 mensasarkan 500,000 peserta. Bagi aku, ini satu sasaran yang tidak realistik. Tapi bila diberitahu bahawa jumlah itu boleh diperolehi sekiranya mengambil kira jumlah yang hadir diseluruh dunia…aku boleh terima. Dan ini juga menjadi turning point mengapa Bersih 3.0 berbeza dengan 1.0 dan 2.0.
Macam mana nak dapat 500,000 peserta? Paling tinggi yang boleh masuk ke KL ialah 100,000. Kalau polis kacau macam Bersih 2.0, mungkin hanya 50,000 yang boleh masuk KL.
Kalau ada 10 ibunegeri yang menganjur Bersih 3.0..dan setiap negeri boleh mengumpul 10,000..baru ada 100K. Campur dengan demo diluarnegeri, mungkin bertambah paling tinggi 10K. Jumlah semua mungkin hanya boleh mencecah paling tinggi 300K, itu pun kalau semuanya berjalan lancar tanpa halangan dan kekacauan.
Beberapa hari menjelang 428, arahan telah dikeluarkan oleh pemimpin parti supaya semua ahli parti kena turun ke Kuala Lumpur. Kalau semua ahli parti turun ke KL, program dinegeri sapa nak datang?
Bila arahan ini dikeluarkan, maka unjuran kehadiran diprogram negeri terpaksa diturunkan. Kalau diperingkat awal, aku mengunjurkan kehadiran seramai 5,000 orang, selepas arahan dikeluarkan, maka unjuran itu terpaksa diturunkan kepada tidak lebih 1,000 orang. Kalau dapat 500 orang pun aku puas hati.
Bukan aku sorang saja yang ingat macam tu..malah SB juga menganggarkan macam tu. Bila penganjur Bersih 3.0 Perak menghantar surat meminta kebenaran menggunakan Padang Polo dari Majlis Bandaraya Ipoh, kami juga tidak mengharapkan DBI akan memberikan kelulusan. Malah, tidak ada mana-mana tempat pun yang mendapat kelulusan.
Tapi pelik, bila DBI memberikan kelulusan.
Bukan setakat MBI saja yang bagi kelulusan, tapi polis pun tak ada masalah! Bila penganjur berjumpa dengan pihak polis, semuanya seronok saja..
Tapi bila hari perhimpunan, tak ada sorang pun Penguatkuasa MBI yang kelihatan. Malah kehadiran polis pun cukup sedikit…hanya kelihatan disimpang jalan masuk ke Padang Polo. Apa cerita?
Yang kelihatan hanyalah sekumpulan anak muda berbaju hitam naik motor. Jumlah mereka lebih ramai dari anggota polis.
Apa pun, Bersih 3.0 Perak dah selesai tanpa sebarang kekacauan. Tapi apa rahsia disebaliknya?
Sapa yang tak tau bahawa DBI dan polis hanyalah pihak yang menerima arahan, aku tak tau la nak kata apa-apa. Cerita yang diperolehi selepas perhimpunan tersebut ialah, Zambry sendiri memberikan kelulusan! Pasai apa? Bagus sangat ka Zambry ni?
Zambry mendapat maklumat dari SB bahawa kehadiran dijangkan hanya beberapa ratus orang. Ini memberikan political milage kepada Zambry untuk menunjukkan bahawa hanya sedikit saja orang yang menyokong perhimpunan macam ni. Dan sudah pasti, portal peraktoday akan bersorak sakan menulis tentang Bersih yang tak dapat sambutan.
Tapii Zambry silap. Bukan Zambry saja silap, malah semua orang silap, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat.
Semua orang membuat kesilapan kerana masing-masing memandang rendah tentang kekuatan media internet. Kalau tengok kepada Facebook Bersih 3.0 Perak pun, hanya 700 orang yang menyatakan kesediaan akan hadir. Paling tinggi, mungkin setakat 1,500 orang sebab semua ahli parti politik PR diarahkan turun ke KL.
Tak ada risalah untuk hebahan. Tak ada iklan dalam media perdana ataupun media alternatif. Yang ada hanya dalam Facebook dan blog.
Tapi bila tiba masanya, jumlah yang hadir diluar jangkaan. Lebih 5,000 orang yang hadir. Sistem pembesar suara yang digunakan juga hanya untuk peserta sekitar 1,000 orang. Dari mana datangnya orang-orang ini? Macam mana mereka dapat tau? Apa yang menyebabkan mereka mahu turut sama dalam perhimpunan ini? Ini persoalan yang sedang dianalisa oleh ramai penganalisa politik.
Kongsi Artikel ini:-
0 orang berkata:
Post a Comment