Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SELAMAT BERFELDA ! TU LA AKIBAT BANTAH TUA !


08 May 2012

DURIAN RUNTUH SAHAM : PENEROKA FELDA AWAL-AWAL LAGI KENA SEMBELIH?




Blog Pahangdaily melaporkan bahawa bayaran yang sepatutnya diterima oleh sekeluarga peneroka bukannya RM15,000 tetapi RM26,000.

Blog tersebut memberikan fakta terperinci seperti di bawah :-

Selepas 360 ribu hektar tanah Felda Plantation dicagarkan kepada Felda Global Ventures Holdings(FGVH) selama 99 tahun, peneroka Felda akan menerima bayaran lump sum RM5.9 billion. 

Bilangan peneroka Felda di Malaysia ialah 112,635 orang (rujukan: laman web Felda). RM5.9 billion dibahagi kepada 112,635 = lebih kurang RM52,381 per keluarga. 

Kalau peneroka dicampur dengan staf Felda pula, ada kira-kira 220,000 orang. Jadi RM5.9 billion dibahagi kepada 220,000 = lebih kurang RM26,818. 

Jadi anggaran jumlah durian runtuh sepatutnya antara RM25,000 ke RM50,000 bukannya RM15,000. Adakah peneroka sekali lagi KENA TIPU?

Blog ini menyeru semua peneroka Felda agar meneliti kesan daripada menandatangani surat tawaran perjanjian daripada bank untuk membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH). Mereka mesti melantik Peguam supaya mengkaji kesan perjanjian tersebut. Mereka sendiri mesti diberi kefahaman tentang risiko yang bakal dihadapi.

Peneroka hendaklah mengetahui tentang kesan langsung yang akan diterima peneroka jika sekiranya berlaku penurunan harga di pasaran saham. KIta semua tahu bahawa perniagaan saham merupakan suatu perniagaan yang berisiko dan hanya mereka yang mahir sahaja mampu untuk membuat analisis dan 'prediction'. Saham ada jatuh bangun dan turun naik. Silap haribulan tanah ke mana wang habis apa pun tak dapat.

Apabila peneroka gagal membayar balik pinjaman saham FGVH ini maka sudah tentu  tanah dan harta mereka dilelong oleh pihak bank

Menurutnya, Pendaftar Mahkamah Tinggi Seremban setelah mengambil kira pandangan Hakim Datuk Rosnani Ibrahim semalam mencadangkan permohonan injunksi 125 orang peneroka Felda dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

Jumlah pinjaman yang tidak dinyatakan juga menimbulkan kekeliruan kerana borang perjanjian tersebut tidak dapat disemak dan dinasihatkan tentang pinjaman tersebut.

Felda sila jawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh Pengerusi ANAK Mazlan Aliman seperti yang dinyatakan di bawah :-

Penipuan mereka melalui 7 buah Bank iaitu CIMB,BIMB,Maybank, OCBC, Am Islamic Bank, Muamalat dan Affin Bank yang diperalat membiayai pinjaman tawaran saham FGVH sangat ketara. Borang pinjaman yang dikosongkan jumlah pinjaman, interest 5 peratus, borang dalam bahasa Inggeris, tidak ditaklimatkan isi kandungannya dan tidak dinyatakan risiko kerugian seperti 'Surat Tanggung Kerugian' adalah antara penipuan dan pengkhianatan kepada para peneroka!

125 peneroka Felda adalah sebahagian daripada ribuan lagi peneroka yang telah tertipu kerana menandatangani Borang Perjanjian Pinjaman yang mereka tidak tahu apa-apa. Mereka tidak dapat membezakan antara 'durian runtuh' dengan pinjaman saham FGVH. Mereka memfailkan Injunksi di Mahkamah Tinggi Seremban semalam kerana teramat bimbang daripada risiko pinjaman yang boleh sahaja TERGADAI aset mereka.

Perdana Menteri beri jaminan tanah peneroka tidak akan tergadai. Adakah PM tidak membaca hampir 70 mukasurat dalam Borang Pinjaman FGVH yang secara jelas dinyatakan dengan terperinci nasib peneroka jika harga saham merudum dan segala risiko di tanggung Peneroka?

Adakah PM tidak mengambil iktibar nasib Felda Cahaya Baru, Felda Sg Buaya, Felda Labu Johnson dan Sendayan yang hilang tanah mereka dan hidup menderita  seperti pepatah ' menang sorak kampung tergadai'?

Mana pergi pemimpin BN tatkala Amanah Saham Negeri-negeri gulung tikar hingga menyebabkan rakyat hilang harta dan diisytiharkan muflis kerana meminjam bank untuk melabur?

Amanah Saham Johor adalah bukti yang amat jelas. Adakah PM, Ahmad Maslan dan Isa Samad boleh beri jaminan bertulis yang saham FGVH tidak rugi sepertimana nasib pelabur Amanah Saham Negeri-negeri dan juga saham-saham lain seperti KUB, BERNAS dan sebagainya?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.