Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUDAH DIJANGKA DAH !


Selasa, 22 Mei 2012

Ingat Pemimpin UMNO Perak Mengamuk? Hidup DAP, Alllahuakbar...Lepas Itu MENANGIS Pohon Kemaafan daripada UMNO



MALAON UMNO BERLAKUN LAGI


LAKONAN AWAL SI MALAON

 Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin meroyan kerana menghadapi masalah dengan projek pasirnya. 

Dek kerana marah, Zamhuri tanpa berselindung telah membongkarkan gejala rasuah yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga mendakwa sesetengah pemimpin dan kakitangan agensi kerajaan perlu disogok dengan wang, hiburan, termasuklah perkhidmatan amoi dari Thai sebelum meluluskan sesuatu projek.

Dek kerana marah juga, malaon ini mengeluarkan kenyataan untuk keluar UMNO dan sanggup bertempik "Hidup DAP", "Allahuakbar" beberapa kali. Dia juga menegaskan bahawa kerajaan BN sedia ada di Perak harus ditukar dalam PRU nanti.

Apa yang berlaku selepas kejadian amukan itu?

Akhirnya, si malaon ini menangis teresak-esak memohon maaf daripada UMNO kerana meroyan tanpa kawalan. Dia bertaubat kerana telah berdosa kepada UMNO. Sama ada malaon ini dipujuk secara lembut atau secara keras, bukanlah persoalan.

Cuma yang saya kesal, DS Nizar telah "diperdaya" oleh lakonan projek pasir malaon ini. Agak mengecewakan apabila DS Nizar sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memberikan sokongan kepada malaon ini. Namun, hakikatnya, si maloan ini hanya bermain wayang dengan pemimpin atasannya.

Oleh itu, beberapa kejadian termasuk peristiwa ADUN dan AP yang melompat sudah tentu memberikan pengajaran yang amat berguna kepada pemimpin PR agar berhati-hati menerima atau menyokong pemimpin BN yang terdesak atau terpinggir. Hal ini demikian kerana pada bila-bila masa orang ini akan kembali melutut kepada parti mereka dan sanggup menjilat ludah sendiri. 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.