Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TU KERJA RUTIN MEREKA, SEMUA ORANG TAHU !

Tuesday, May 22

Ni la cara Berahim cari makan...

'Batu & telur mahu sabotaj PERKASA'

Insiden membaling telur dan batu dalam acara melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Melaka Sabtu lalu cubaan untuk mensabotaj PERKASA dan Umno, kata Datuk Ibrahim Ali.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu memberitahu Malaysiakini, ia mungkin usaha sesetengah pihak memburukkan imej PERKASA yang tidak akan sesekali melakukan tindakan ganas itu.
Kadangkala ada pihak yang memakai baju-T PERKASA dan apabila sesuatu berlaku pertubuhan itu yang dipersalahkan, kata Ibrahim selepas sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Diminta menjelaskan siapa yang dimaksudkannya, Ibrahim berkata beliau tidak tahu tetapi ia mungkin atas tujuan politik.

PERKASA Melaka dan Umno Jasin sebelum ini menafikan terlibat dalam insiden di Merlimau itu walaupun terdapat anggota masing-masing menyertai perhimpunan membantah kehadiran Ambiga dalam acara itu.

Malah yang dipertua PERKASA negeri Abd Rahim Osman berkata, mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan menyerang dan merosakkan kereta dua wakil rakyat DAP kerana ia dianggap perbuatan jenayah.-
Malaysiakini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.