Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUUUU DIA EH !

SURUH LA LIM BUAT KENYATAAN DILUAR DEWAN, JANGAN LA JADI BANGANG !

Friday, May 11

Mampuih la Guan Eng kali nie... kahkahkah...

ADUN Penaga buat laporan polis terhadap Guan Eng

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Penaga, Datuk Azhar Ibrahim hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kenyataan yang didakwa berbaur perkauman dan hasutan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Isnin lepas.

Azhar berkata kenyataan Lim menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat dan boleh berlaku perbalahan kaum serta mengancam keharmonian negara.

"Saya buat laporan polis hari ini atas nama ADUN Penaga dan saya mahu polis menyiasat kenyataan yang telah dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang kerana ia merupakan satu hasutan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai di George Town hari ini.

Turut hadir peguam Azhar, Abu Bakar Sidek dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ADUN-ADUN Umno.

Lim sebelum ini dipetik sebagai berkata: "Sekiranya Umno kembali berkuasa, saya rasa semua kuil Hindu terancam".

Ketua Menteri itu bagaimanapun berkata, beliau membuat kenyataan itu bagi merujuk kepada insiden perobohan rumah berhala yang terletak dalam kawasan Pelabuhan Pulau Pinang oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) baru-baru ini.

Azhar berkata ayat "terancam" yang digunakan oleh Lim adalah sesuatu yang sangat berbahaya dan berunsur hasutan kepada kaum India agar membenci orang Umno iaitu orang Melayu.

"Walaupun kenyataan itu dibuat semasa Persidangan DUN dan Lim mempunyai imuniti, tetapi ia telah didengar secara langsung oleh orang ramai dan kenyataan berkenaan berbaur hasutan.

"Perkara ini bukan boleh dimain-main kerana ia melibatkan hasutan dan kita serahkan kepada polis untuk menyiasat berhubung kenyataan Lim," katanya.

- Bernama

3 orang berkata:

Kerajaan Rakyat said...

Hadooii...

Perkataan "terancam" .. bahaya
> Perkataan "haram jadah".. budaya

~ Oh Malaysiaku....

~PakKaramu~ said...

Hi hi hi hi

Ayah Man said...

Jadi kalau di cantumkan, maka jadi lah " haram jadah terancam " budaya terancam .
Apa la turr Ketua Penbankang..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.