Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Umno terpaksa guna khidmat orang tua
Posted on Wednesday, May 23 @ 19:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

 Oleh: imamsurau

"KUALA LUMPUR: Umno disifatkan terpaksa menggunakan khidmat orang tua di dalam parti itu bagi membantunya mencapai kemenangan di dalam PRU 13.

Terbaru Datuk Seri Rais Yatim merasmikan Kursus Asas mengenai media baru untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno.

"Nampaknya Umno sudah tidak yakin lagi dengan media tradisional yang mereka kuasai seperti televisyen dan akbar harian," kata Ustaz Idris Ahmad (gambar), AJK PAS Pusat.

Bagi beliau, khidmat orang lama di dalam Umno perlu dikitar semula untuk membantu kapal Umno yang hendak karam.

Dari segi logiknya pula, katanya, Umno sudah tidak perlu kepada media baru, kerana Umno memiliki jentera kerajaan yang bergerak siang malam dan bantuan kewangan daripada kantong kerajaan.


"Namun semunya tidak mampu menembusi fikiran pengundi yang celik maklumat dari kalangan generasi muda terutamanya," katanya.

Khidmat orang tua di dalam Umno terpaksa digunakan kerana “orang muda yang cerdik” dengan media baru tidak bersama dengan Umno.

Sebaliknya, dakwa Idris, mereka ini adalah golongan yang sedang menunggu untuk menukar kerajaan di dalam PRU akan datang.

"Perkara ini boleh kita kaji di dalam ruangan komen blog yang terkenal seperti Malaysiakini, Malaysian insider dan lain-lain lagi telah membuktikan askar upahan Umno Bn tidak mampu melawan askar sukarelawan Pakatan Rakyat dari segi hujah ketika berperang di medan media baru," katanya.

Persoalannya mampukah orang tua di dalam Umno melawan ledakan maklumat media baru yang begitu pantas?, soal Idris lagi.

sumber"

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.