Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, May 23, 2012

Set Berlian RM50,000 Milik Ketua Wanita UMNO DITEMUI

Datuk Azizah Abd. Samad menitiskan air mata ketika melihat keadaan rumahnya semalam.

PETALING JAYA - Polis berjaya menahan seorang amah dari Surabaya, Indonesia yang melarikan diri bersama set barang kemas bertatah berlian milik keluarga Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Abd. Samad, 61, Kelana Jaya di sini kelmarin.

Penahanan tersebut dibuat sehari selepas berita amah berkenaan melarikan barangan kemas berharga RM50,000 itu tersebar.

Dia ditahan polis ketika bersembunyi di sebuah pangsapuri dekat Kampung Melayu Subang di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang mengesahkan tangkapan itu berkata, amah yang dikenali sebagai Lis, 29, ditahan kira-kira pukul 6 petang ketika bersembunyi di sebuah rumah dipercayai milik rakannya.

"Bersama amah itu, polis menemui semula set barang kemas bertatah berlian yang dilarikan itu," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.