Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN MERAMPOK YA !

Malaysia menyatukan pelbagai kaum Indonesia

May 23, 2012
 
KUALA LUMPUR, 23 Mei — Bagi kebanyakan rakyat Indonesia di sini, Malaysia bukan sahaja tempat mencari rezeki tetapi juga mampu merapatkan hubungan pelbagai etnik yang datang dari serata pelusuk Indonesia.

Sani Mohammad, 51, ialah 'orang Jawa' dari Yogyakarta, dan sejak berada di negara ini, beliau menjadi rapat dengan Roni Agam Abdullah, 29, dari Loksumawe, Acheh, Sumatera Utara.

Sani, yang menetap di Malaysia sejak 18 tahun lalu dan merupakan penduduk tetap di negara ini, berkata isterinya yang mengambil upah menjahit langsir telah mendapat bantuan Roni Agam untuk memasang langsir di rumah-rumahpelanggan isterinya.

Kalau di Indonesia, kedua-dua mereka tentunya tidak akan semesra seperti di Malaysia kerana bukan sahaja dipisahkan dari segi geografi, tetapi juga faktor lain termasuk kehidupan dan politik, katanya kepada Bernama.

Sani bekerja sebagai mandur dan pemandu kepada seorang usahawan di Pahang  yang mempunyai projek perumahan di sini. Beliau berkata: “Berbeza di Indonesia, kami di sini bersama-sama mencari rezeki. Perbezaan kehidupan di sana kami ketepikan untuk menyara keperluan kami.”

Roni Agam, yang bekerja sebagai buruh binaan sejak enam tahun di negara ini berkata kerja beliau bukan kerja tetap, tapi bergantung kepada projek. Untuk itu beliau perlu melakukan kerja sambilan termasuk membantu isteri Sani memasang langsir dengan upah RM50 atau lebih, mengikut kerja yang perlu dilakukannya.

Sani yang telah tinggal di Malaysia hampir dua dekad berkata beliau dan keluarganya, sepanjang menetap di sini tidak pernah ditindas oleh pihak berkuasa atau pun diberi layanan yang buruk.

Malah beliau sekeluarga gembira dapat mencari rezeki di negara ini, dananak tunggalnya pula telah berkahwin dengan rakyat tempatan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial,Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah) Jeevan S. Ramamurthy berkata dakwaan sesetengan pihak kononnya warga asing di Malaysia ditindas, bukan sahaja rekaan, malah ia lebih bertujuan mencemarkan imej negara.

“Saya merasakan ia mungkin disebabkan tindakan segelintir ejen pekerjaan yang mengambil kesempatan ke atas warga asing menjadi punca kepada imej negara tercalar dan bukannya pihak berkuasa,” katanya.

Beliau mendakwa, disebabkan ejen-ejen itu sentiasa berurusan dengan agensi kerajaan, maka ada pendatang asing menyimpulkan bahawa kakitangan kerajaan yang menindas mereka, sedangkan hakikat sebenar adalah ejen-ejen pekerjaan.

Jeevan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez baru-baru ini yang mendakwa Malaysia sebuah Negara tidak selamat untuk pekerja Indonesia kerana tiada undang-undang khusus menjaga kebajikan pekerja.

Kenyataan Fernandez itu disiarkan oleh akhbar Indonesia, The Jakarta Post pada 7 Mei lepas.
Berikutan kenyataan Fernandez itu, beberapa badan bukan kerajaan termasuk Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Dewan Ekonomi dan Sosial Malaysia (Desmma) membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap Fernandez, yang disifatkan mencemar nama baik negara melalui kenyataan beliau, dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah minggu lepas berkata polis telah membuka kertas siasatan terhadap Fernandez berikutan laporan polis yang diterima dan mungkin kes itu akan disiasat di bawah Akta Hasutan. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.