Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG SEBUT ALAMAK UMNO, TANPA USUL PERIKSA

Ahad, 6 Mei 2012

BILA BERITA DARI KUMPULAN FASIK MEMBAWA BERITA HENDAKLAH KAMU MENELITINYA, JANGAN PAKAI TELAN JE !

Hadi: Saya tak sebut mahu pinda Perlembagaan jika menang PRU

Datuk Seri Abdul Hadi Awang. KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, beliau tidak pernah menyebut akan meminda perlembagaan berkaitan agama Islam sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pimpinan Pas itu mengakui tidak pernah menyebut untuk meminda perkara tersebut sebagaimana dilaporkan beberapa media tempatan, yang menimbulkan kontroversi pelbagai pihak.

Penafian itu sekali gus menjawab isu sebenar dan membuktikan laporan beliau mengenai perkara itu sebelum ini telah disalahtafsirkan.

“Saya tak sebut (pinda Perlembagaan), Perlembagaan yang itu juga. Tak betul, tak betul,” katanya kepada media ketika ditanya berhubung dakwaan beliau sebagaimana yang disiarkan media tempatan sebelum ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah umum di Kampung Bukit Tok Beng,  di sini, semalam.

Media melaporkan parti itu berhasrat mahu mengubah Perlembagaan Persekutuan dengan meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin iaitu sebagai cara hidup yang meliputi seluruh kehidupan manusia jika berjaya mentadbir negara pada pilihan raya umum akan datang.

Memetik laporan tersebut, Abdul Hadi dilaporkan berkata, Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai di negara ini tidak menggunakan Islam sebagai Addin atau cara hidup, malah ia dirangka oleh orang bukan Islam yang mempunyai ideologi dan teori manusia yang tidak adil kepada umat Islam.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menjelaskan tiada sebab untuk meminda perkara itu kerana ia telah diterima rakyat negara ini termasuk bukan Islam.

Menjelaskan maksud sebenar mengenai perkara itu, beliau berkata, Pas mahu memperkasakan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan kerana ia didakwa tidak mampu dilakukan kerajaan ketika ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.