Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

04 November, 2012

71% Pembaca Sinar Setuju Presiden PAS Bertanding Di Pekan, Umno Sudah Kecut Perut..


Setelah hasrat Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk bertanding di parlimen Pekan menentang presiden Umno yang juga perdana menteri, Najib Altantuya, direstui Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, sokongan terus melonjak!

Buktinya, setakat jam 1130 pagi tadi, sebanyak 71 peratus atau 592 pembaca yang mengundi dalam kajian yang dilakukan oleh akhbar Sinar Harian bersetuju ahli parlimen Marang itu bertanding menentang Najib Altantuya.Manakala cuma lapan peratus atau 67 pembaca akhbar dalam talian berbahasa Melayu itu merasakan tidak wajar bagi Abdul Hadi berbuat demikian.

Selebihnya, 21 peratus atau 173 pembaca merasakan cadangan tersebut tidak akan menjadi kenyataan.Seramai 832 pembaca mengundi dalam kajian tersebut.Ini sekaligus membayangkan pandangan rakyat terhadap cadangan yang disifatkan sebagai 'pertemuan antara buku dengan ruas' itu sangat diterima majoriti pembaca yang mahukan Hadi mewakili Pakatan Rakyat menentang presiden Umno yang tidak mempunyai mandat perdana menterinya sendiri sehingga ke hari ini.

Untuk rekod, Najib Altantuya mengambil alih jawatan daripada bekas perdana menteri, Abdullah Badawi pada April 2009 setelah Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah politik tanah air sejak pilihanraya pertama diadakan pada 1955.Pakatan Rakyat menang 82 kerusi parlimen berbanding BN yang dinafikan majoriti dua pertiga buat pertama kali dalam sejarah dengan hanya memungut 140 kerusi, jauh dari prestasi lebih 190 kerusi ketika Abdullah mengadakan pilihanraya umum pada 2004.


Tidak mustahil, impian Pakatan Rakyat untuk melantik Najib Altantuya menjadi duta besar Malaysia ke Mongolia tidak terlaksana sekiranya Abdul Hadi berjaya menewaskan Najib Altantuya di kubu kuatnya sendiri sejak 1986.Malah, dalam pilihanraya umum 1999, Najib Altantuya hampir tersungkur di laman sendiri apabila cuma mampu menang kerusi Pekan dengan majoriti paling tipis 241 undi, itu pun setelah tiga buah tong undi tiba-tiba datang kunun dari perkampungan Orang Asal pada saat-saat akhir. ~jp

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.