Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADUHAI ! UMNO MEMANG TAK BOLEH PERCAYA

SEMALAM UMNO DO'AKAN PAS SUPAYA SELAMAT DAN KEMBALI KEJALAN YANG BENAR, HARI NI UMNO EDAR RISALAH TUDUH PAS SEBAGAI PARTI AJARAN SESAT, hihihi, DAH AGAK DAH, UMNO CAKAP TAK SERUPA BIKIN, TU PASAL KITA SYURKAN PADA UMNO SUPAYA DO'AKAN PULA PAS MELINGKUP TAPI TAK PULAK BERANI ! NAH SEKARANG APA MACAM ?

29 November, 2012

Risalah PAS-Parti Ajaran Sesat Di Edar Di Perhimpunan Agung Umno


Bukti fitnah sudah menjadi hadam dalam Umno, dari pemimpin hinggalah ke pencacainya. Terbaru, Umno edarkan risalah enam muka surat bertajuk, PAS - Parti Ajaran Sesat di perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung.

Sekiranya ada bukti PAS, Parti Ajaran Sesat sila dakwa ke mahkamah tetapi malangnya sehingga sekarang Umno menikus.

Berani cakap belakang sahaja.. ajak berdebat, cakap debat bukan budaya kita tetapi di belakang hentam macam-macam. Itulah budaya Umno.. budaya seorang pengecut..

Risalah PAS - Parti ajaran sesat di edar di PWTC

KUALA LUMPUR: Sekeping risalah enam muka surat bertajuk PAS – Parti Ajaran Sesat turut diedar di PWTC sempena perhimpunan agung Umno.

Risalah itu diterbitkan oleh Unit Komunikasi Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Pegawai Agama Pejabat Menteri Besar Terengganu.


Ia dibahagikan secara percuma untuk bacaan ahli dan penyokong Umno yang hadir di perhimpunan tersebut.


Muka depan risalah itu memaparkan foto Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memeluk tokoh veteran DAP Lim Kit Siang sambil mengukir senyuman.


Ia dipercayai berlaku ketika Lim mengunjungi Abdul Hadi yang ketika itu menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.


Juga tertera gambar sekumpulan orang menunaikan solat bendera PAS serta seorang wanita sedang menyampaikan ucapan di dalam masjid atau surau.


Di antara kandungan risalah itu ialah berpegang kepada kepercayaan PAS itu Islam, Islam itu PAS; ajaran karut dan khurafat; kepercayaan sesat; fatwa Hadi dan kafir mengkafir sesama Islam dan (PAS) hukum mengikut rasa.


Tajuk lain ialah perpecahan umat; merosakkan amal ibadat; PAS menentang pelaksanaan program Islam dan amanat Hadi membawa kesesatan.


Ia turut memetik ucapan Abdul Hadi di Banggol Peradong Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang dilaporkan sebagai berkata, “Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku.”


Risalah itu turut menyatakan fatwa Haji Hadi pada tarikh sama bahawa pengikut PAS yang mati melawan Umno adalah syahid. ~
freemalaysiatoday

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.