Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG LAMA IDEA LAMA LAAA !

Pakatan bidas Muhyiddin, dakwa beliau kurang idea baru

November 28, 2012
KUALA LUMPUR, 28 Nov — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) membalas kritikan  Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) sebagai mencerminkan parti pemerintah itu kekurangan idea baru untuk negara dan jelas membuktikan Umno terdesak untuk memenangi undi orang Melayu-Islam menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

Semalam, timbalan presiden Umno itu menuduh PAS berbohong dalam perjuangan Islam dan mendakwa bahawa perjuangan parti Islam itu tidak disokong oleh sekutunya DAP dan PKR.

Ahli parlimen PAS (Kuala Selangor), Dr Dzulkefly Ahmad berkata serangan ke atas partinya adalah kerana Umno takut kehilangan undi daripada masyarakat Melayu-Islam.

“Jelas sekali apa yang Umno lakukan sekarang adalah bertujuan untuk memancing undi Melayu Islam,” kata Dzulkefly.

Beliau menambah Umno terpaksa menggunakan taktik itu kerana parti itu sendiri tidak lagi memiliki sokongan di kalangan pengundi, terutamanya apabila isu kontroversi seperti Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) memberikan persepsi Umno adalah sebuah parti korup.

“Sebab Umno berdepan dengan PAS, jadi dia (Umno) kena rosakkan imej dan kredibiliti PAS. Sebab itu perkara utama yang dia hentam adalah PAS, tidak DAP atau PKR.

“Kita adalah satu lawan satu dengan Umno. Yang akan menggantikan Umno adalah PAS dan juga orang Melayu dalam Umno.”

“Jelas nampak dia serang kita (PAS) sebab dia tahu bahawa PAS berada kedudukan yang cukup kuat untuk menggantikan mereka,” tambah beliau.

Selain itu, ahli parlimen  DAP (Bukit Bendera) Liew Chin Tong menegaskan tindakan pemimpin Umno cuba mewujudkan rasa takut ke atas musuh politik mereka bertujuan bagi menarik sokongan pengundi Melayu.

“Saya fikir kedua-dua Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad hanya bergantung kepada sokongan orang Melayu. Jadi mereka cuba mewujudkan rasa takut kepada PR supaya dapat menarik sokongan orang Melayu. Mereka (Umno) lakukan ini kerana hanya yakin boleh menang dengan sokongan orang Melayu,” kata beliau.

“Mereka tidak faham bahawa negara ini banyak berubah. Rakyat boleh membandingkan kedua-dua belah pihak. Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kumpulan etnik mahukan kerajaan yang baik serta berintegriti dan tidak rasuah,” katanya.

Beliau menyifatkan Muhyiddin sedang bekerja keras bersama MCA untuk menekan PAS dan DAP bagi memperoleh sokongan tradisi kaum masing-masing kepada mereka.

“Pakatan menembusi zon selesa mereka, terutamanya PAS dan DAP,” kata beliau yang merujuk kepada sokongan orang Melayu dan bukan Melayu.

Liew menegaskan PR berbeza dengan BN kerana mereka tidak bergantung kepada pengundi sesuatu kumpulan etnik tetapi berusaha untuk memenangi sokongan semua rakyat bagi membela nasib mereka.

“Kita mahu menjadi sebuah gabungan yang boleh diterima semua rakyat Malaysia,” katanya, sambil menambah bahawa serangan tersebut adalah semata-mata satu cubaan untuk mengganggu PR daripada menumpukan isu-isu tadbir urus yang baik dan integriti.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata beliau sangat mengecewakan melihat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri hanya tahu menakutkan rakyat tetapi tidak menawarkan idea baru kepada negara.

“Ini adalah perkara biasa; setiap pilihan raya umum, mereka akan guna politik ketakutan, kebencian, ketaksuban, (ia adalah) yang sentiasa digunakan oleh Barisan Nasional dan Umno,” kata beliau.

“Saya rasa lebih baik timbalan menteri perdana untuk mempamerkan keupayaan kepimpinan beliau dengan menjelaskan apakah visinya untuk Malaysia.

“Hal ini kerana saya merasakan beliau kurang daripada aspek itu, ia lebih baik daripada hanya menyerang PR,” kata ahli parlimen Lembah Pantai itu.Liew berkongsi pandangan Nurul Izzah dan berkata: “Umno tidak mempunyai idea-idea baru lagi terhadap PR dan apa yang mereka boleh lakukan ialah memusnahkan kredibiliti PR sebagai sebuah kerajaan campuran pada masa depan”.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.