Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PEMUDA UMNO JERAT DIRI UMNO

APABILA ORANG YANG TAK FAHAM AGAMA BERCAKAP TENTANG AGAMA SEOLAH-OLAH MEREKA MENJERAT BATANG LEHER MEREKA TANPA DISEDARI, TAPI RAKYAT TERUS MENILAI KEBODOHAN MEREKA, INILAH MALANGNYA ORANG-ORANG UMNO APABILA BERCAKAP TENTANG AGAMA DAN HUKUMNYA, MEREKA TIDAK FAHAN DIANTARA KUMPULAN DAN INDIVIDU DAN MEREKA TIDAK FAHAM PERBEZAAN DIANTARA AGAMA DAN SUKU PUAK, SIKAP HENTAM KROMO DAN BALUN TANPA PENGETAHUAN APABILA MEMBUAT SERANG BALAS DARI PR MENYEBABKAN MEREKA TERJERAT, INILAH YANG DIKATAKAN BODOH YANG TIDAK SEBARANG TANGGUNG !Pak Karamu
 
Muktamar Pas bukti Pakatan kian lemah, kata Khairy
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
27 November 2012
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM - Muktamar Tahunan Pas kali ke-58 yang melabuhkan tirainya dua minggu lalu mencerminkan bahawa parti itu semakin lemah ekoran dua isu besar yang membadai parti itu, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau, tindakan Pas mendoakan kehancuran Umno-Barisan Nasional dan desakan akar umbi parti komponen Pakatan Rakyat itu yang mahukan ketua mereka dilantik sebagai Perdana Menteri kelak membuktikan kelemahan pembangkang.

"Pertama, kemarahan umat Islam di Malaysia termasuk mereka yang berada di atas pagar dan ahli Umno, dengan sikap Pas yang mendoakan kehancuran Umno itu sendiri.

"Ramai yang tidak setuju dan merasa marah. Mereka rasa walaupun ada perbezaan politik jangan ada yang mendoakan kehancuran orang Islam. Mereka beranggap ia politik yang ekstrem, penyalahgunaan agama untuk matlamat politik. Jika mendoakan kehancuran Umno bermakna mendoakan kehancuran ahlinya juga," ujar Khairy.

Bercakap dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian, Khairy berpendapat, tindakan mendoakan kehancuran terhadap parti pemerintah pada hari ini sebagai "politik yang keterlaluan."

"Parti politik itu mempunyai ahli, mana ada parti politik yang tidak mempunyai ahli. Bagi saya parti Umno parti politik dan ia dianggotai oleh manusia dan umat Islam dan bukan ia dianggotai oleh binatang," tegas Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Himpunan Kebangkitan Umat yang berlangsung di Kota Bharu pertengahan bulan ini mencemar muktamar tahunan Pas yang sedang berlangsung ketika itu apabila kira-kira 40,000 penyokongnya diperdengarkan doa supaya bala diturunkan untuk menghancurkan Umno-BN.

Doa yang dipimpin oleh adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat itu menggemparkan negara sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam di negara ini.

Sementara muktamar kemudiannya dikejutkan dengan polemik jawatan Perdana Menteri apabila akar umbi Pas secara lantang menyuarakan hasrat hati mahukan ketua mereka menjadi Perdana Menteri.

Hal ini pastinya menimbulkan perasaan kurang senang terutama kepada individu yang disebut-sebut bakal menjawat jawatan itu apabila Putrajaya bertukar nakhoda.

"Saya lihat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kini dalam keadaan tidak selesa, di mana kali pertama akar umbi Pas jelas memperkatakan bahawa mereka tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri.

"Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini, di mana mereka berjaya menutup keresahan ahli-ahli Pas dengan persetujuan di peringkat pemimpin pakatan, di mana peringkat Presiden parti mereka bersetuju melantik Anwar sebagai Perdana Menteri. Ini tamparan kepada Anwar dan secara tidak langsung melemahkan PR," kata Khairy.

Bahkan katanya, kelemahan PR jelas kelihatan apabila turut gagal mengemukakan Kabinet bayangan mereka.

"Ini menimbulkan tidak ketentuan, rakyat dan pelabur tidak suka perkara sebegini, mereka mahukan kepastian. Berbanding dengan Umno kita jelas, sekiranya menang pilihan raya nanti, jawatan Perdana Menteri itu adalah Datuk Seri Najib yang juga Pengerusi BN, ia kata sepakat semua parti yang bernaung bawah BN. Pas jika kita lihat jelas menolak Anwar, apa sebabnya kita tidak ketahui," katanya.

Ditanya apakah muktamar Pas akan menjadi kayu pengukur Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012, Khairy berkata, "bagi kami apa yang berlaku dalam Muktamar Pas kami beranggap isyarat kepada rakyat soal politik yang keterlaluan, soal tidak kesepakatan mengenai calon Perdana Menteri, itu yang kami dapat gambaran daripada Pas."

"Kami ada perancangan tersendiri dalam Umno, dan kami tidak pernah menggunakan agama secara keterlaluan untuk memancing undi mana-mana pihak, Pas yang selalu berbuat sedemikian menggunakan agama," jelasnya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.