Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pas Perak mahu calon DAP, PKR wajib baiah
HAIRIL ANWAR MOHD AMIN
27 November 2012
Abu Bakar Hussain
$entry.content.caption.value
PARIT BUNTAR - Pas Perak menggesa kepimpinan parti Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PKR dan DAP turut mewajibkan syarat ‘baiah’ terhadap calon-calon pilihan raya yang bakal diketengahkan parti-parti berkenaan di negeri ini bagi mengelakkan senario lompat parti yang berlaku sebelum ini berulang.

Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berkata, perkara ini pernah dibangkitkan Pas melalui mesyuarat Sekretariat PR sebelum ini dan kedua-dua parti berkenaan berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme bagi mengatasi masalah calon ‘lompat parti’ sehingga menyebabkan Kerajaan PR di Perak digulingkan pada tahun 2009.


Menurutnya, sehingga kini, PR masih belum menemui formula terbaik dalam memastikan calon yang dipilih tidak berpaling tadah dan pihaknya melihat pendekatan ‘baiah’ diguna pakai Pas adalah langkah terbaik.


“Gesaan PKR dan DAP meletakkan satu syarat khas bagi mengelakkan senario wakil rakyat lompat parti berulang amat penting memandangkan krisis rampasan kuasa yang berlaku ke atas PR sebelum ini benar-benar memberi kesan kepada hubungan PR.


“Tidak salah sekiranya PKR dan DAP mengikut jejak langkah Pas dalam mewajibkan syarat ‘baiah’ terhadap setiap calon dan ahli parti bagi memastikan kesetiaan terhadap parti dan lebih utama, rakyat tidak dikhianati individu berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.


Abu Bakar berkata, Pas Perak pernah mencadangkan perlaksanaan Enakmen Anti Lompat Parti sebagaimana diluluskan Sidang Dun Pulau Pinang baru-baru ini.


Bagaimanapun, cadangan yang dikemukakan pada sidang Dun sebelum ini tidak mendapat sambutan memberangsangkan oleh sidang dewan.


“Pas sedia membawa semula perkara ini untuk diberi perhatian sidang dewan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi semula negeri Perak pada PRU akan datang.


“Pas sama sekali tidak berkompromi dengan tindakan wakil rakyat yang lompat parti kerana perbuatan itu mengkhianati sokongan rakyat yang mahukan pembaharuan dari PR,” katanya.


Sementara itu, Abu Bakar turut menegaskan Pas Perak bakal mempertaruhkan sebahagian besar calon muka baru termasuk penambahan calon Muslimat Pas bagi memastikan parti itu membantu kemenangan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Menurutnya, seramai 65 hingga 70 peratus daripada bilangan kerusi diperuntukkan parti itu bakal diisi oleh calon muka baru terdiri daripada sayap Pemuda, manakala tambahan satu kerusi bakal diperuntukkan kepada calon Muslimat.


“Strategi mengetengahkan ramai muka baru sebagai calon pilihan raya penting demi memastikan parti mendapat nafas baru selain memenuhi kehendak pengundi yang mahukan pemimpin lebih dinamik, cergas dan berkarisma,” katanya.

 
 

1 orang berkata:

domino qq said...

Thank You, I've Recently Been Searching For Information About This Topic For Ages And Yours Is The Best I Have Discovered Till Now. But, What About The Bottom Line? Are You Sure About The Source? Domino QQ

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.