Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KATA DAH KUAT, PAS TU SEBUT BERPECAH PULAK !


Perwakilan: 'Ada orang Melayu sendiri gembira perpecahan Melayu'
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
29 November 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
KUALA LUMPUR - Orang Melayu hari ini dilihat gembira menyaksikan perpecahan sesama Melayu sendiri, dakwa perwakilan dari Perlis, Aziz Had.

Aziz berkata, ada di kalangan individu yang sengaja mengecam dan menghina budaya Melayu.


"Mereka yang tidak bertanggungjawab ini gembira apabila institutsi diraja dan budaya Melayu dipermainkan.


"Sehubungan itu, Umno perlu menang dalam pilihan raya akan datang bagi menghakis ancaman itu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno ke-66, hari ini.


Katanya, Umno bertanggungjawab untuk mempertahankan kemenangan yang ada demi masa depan bangsa dan negara.


"Kami berjanji untuk tidak khianati parti, berjanji bekerja kuat memenangkan parti dan sedia bersaing dengan jujur," katanya.


Dalam pada itu, perwakilan Kedah berharap rakyat Kedah dapat memberi peluang kepada Umno dan Barisan Nasional untuk mentadbir semula negeri itu.


Datuk Othman Aziz berkata, kekalahan sebanyak lima kerusi dalam pilihan raya lalu banyak mengajar mereka dan bingkas bangun.


Menurutnya, dengan semangat 'Aku Janji' yang dipupuk tahun lalu serta baiah yang ditekankan pemimpin, parti itu yakin dapat menawan semula daripada pentadbiran pembangkang.


"Kami mengaku pernah buat silap. Kami mohon berilah peluang kedua kepada kami.


"Kami berjanji tidak akan kecewakan lagi rakyat Kedah," katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden.


Katanya, pemimpin parti itu akan terus berdoa dan akan bekerja bersungguh-sungguh demi kesejahteraan rakyat negeri itu.


"Pemimpin Umno dan Barisan Nasional akan menaikkan negeri itu menjadi negeri yang hebat," katanya.



  • Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    saya tak sokong. selagi orang melayu tak tukar perangai dan jadi lebih produktif, bawak la malaikat jibril jadi PM sekali pun, mereka tetap akan mundur.

    perpecahan, langsung takkan bawak kebaikan kepada orang melayu kerana mereka ni suka rileks. Ni dah banyak sangat rileks la ni, tu yang dok kacau benda yang tak patut dikacau. kalau UMNO kalah, maka, orang melayu bukan sahaja hilang kuasa ekonomi (tak pernah ada pun), malah mereka akan hilang kuasa politik jugak. bagi la 15 tahun lagi, mereka akan hilang agama mereka jugak. tak percaya, boleh la try tengok. tapi esok jangan dok nangis bila dah terlambat.
    • DeVilz Diana · Top Commenter · Hutan blantara
      Aik Dollah??? dah insaf ke??? mcm sokong PR je??? hahahaha...
    • Sangkakala Ajal · Top Commenter · Supervisor at Tanah Perkuburan
      org melayu lg gembira bila adanya prpecahan melayu umno....
      melayu xkan hilang kuasa,yg akn hilang kuasa melayu umno.....
      kau bkn melayu dolah...x sesuai n x kena lgsung kau nak komen....
      mcm lembu marahkan kerbau pasal berkubang,x sedar dia tu lembu lgsung x tau cara nk brkubang.....
    • DzulSharif Dzul · Top Commenter · Works at Kuli-kuli sahaja
      Dollah..org melayu tak berpecah....mereka cuma tak sokong umno jer...mrk beralih kpd parti yg diyakini lbh baik perangai dr umno.....dah perangai umno mcm syaitan, buat apa nak ikut......puiii!!!
  • Yamada Abe · Sekolah atap jer
    Buat baik dapat baik....x perlu nk tabor2 janji....rakyat ade mata..ade fikiran..dan yg paling penting ade kuase memilih...
  • Ben Karemo · Top Commenter · Uitm arau
    Siapa kata ada org Melayu gembira berpecah..Org Melayu nak berubah kepada yang lebih baik itu sahaja , cuma ada org saja yang tak suka dan suka di takuk lama

    Bakal Meletop.. baru je masuk Malaysia, Indonesia & Singapura...... Anda JOIN, tak PANDAI SPONSOR pun dapat pasif income... (cuma tak byk, tp dapat TIAP_TIAP BULAN).. Kalau pandai sponsor: income tinggi TIAP2 MINGGU. Bonus terus masuk ke akaun Kad Debit anda.. Produk SISTEM TERBAIK. Anda ada bisnes apa saja, MLM ke, insurans ke, jual barang di FB. Sistem kami sediakan landing page FREE, bg autoresponder free.. hosting FREE.. Jom TEAM UP dengan KAMI: http://mohdaidil.stiforpmy.com/?SOURCE=Sinar atau http://www.stiforp.asia/Mohdaidil/?SOURCE=Sinar (jika bersama group kami, dapat EXTRA Sistem p.o.w.e.r.)
  • Alias Abdullah · Top Commenter · St Gabriel's School, Kuala Lumpur
    Orang yang mengagapkan ada orang Melayu suka Melayu berpecah tu ialah dia sendiri. Bercakap tapi takde bukti.
  • Seterik Farick · Top Commenter · Kuching, Malaysia
    Orang Melayu tetap bersatu, bersatu pada satu lambang bendera Malaysia. Kalau perpecahan dalam UMNO makanya hanya orang umno yang berpecah. Kuasa Melayu tak kan hilang. Melayu boleh berteduh pada pati Melayu Islam yang sudah bersedia untuk itu. Kedudukan Sultan dan Raja Melayu tetap terpelihara. Intitusi ini tetap menjadi payung perlindung rakyat jelata.
  • Abu Abup · Top Commenter
    Saya tidak gembira apabila Melayu berpecah. Tapi apabila ada org Melayu sendiri menzalimi org Melayu lain lebih-lebih lagi yang miskin, contohnya dgn mencuri duit mereka, kita perlu pisahkan kumpulan Melayu ini daripada Melayu lain. Bila dah buat salah mestilah dihukum. Kalau tak dihukum, sedaplah orang buat jenayah, lepas tu main minta maaf saje.
  • DeVilz Diana · Top Commenter · Hutan blantara
    Merayulah...merayu....Dah 50 tahun rakyat bagi peluang BN perintah kedah...!!!"KAMI DAH SERIKK WEEHHH..."
  • Zackry Wak · Top Commenter · UTM
    DAH NAK SEPARUH MAMPOS! BARU TERINGAT NAK BERPADU-PADU?? HAKPUIHHHHHH!!
  • Bro Otai · Top Commenter · Sepang New Village, Negeri Sembilan, Malaysia
    orang melayu umno mana bolih terima pas sebab pas sesat nanti tak pasal2 masuk neraka bersama dengan ahli2 pas..

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.