Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

22 November, 2012

Speaker Halau Keluar Adun BN


ALOR SETAR – Sidang Dewan Undangan Negeri menjadi gempar seketika apabila semua ADUN pembangkang keluar dewan sebagai memberi sokongan kepada YB Dato’Abu Hasan Sarif (BN-Kota Siputih).
Perkara ini terjadi ekoran Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah,YB Dato’Abdul Isa Ismail, mengarahkan Adun Kota Siputih keluar dewan setelah amaran supaya beliau duduk dan berhenti membuat kecoh tidak dihiraukan.

Insiden ini terjadi ekoran ADUN Kota Siputih memohon diberi laluan semasa YB Lim Soo Nee (PKR- Kulim) membuat ucapan penggulungan tetapi tidak dibenarkan. Beliau terus mendesak dan tidak menghiraukan arahan YB Speaker agar beliau duduk semula di tempatnya. Akibat keengganan itu, beliau telah diarahkan keluar dewan dan tidak dibenarkan menyertai persidangan.


Walau bagaimana pun, semua ADUN berkenaan masuk semula ke dewan menyertai persidangan sejurus selepas YB Lim Soo Nee tamat berucap.
~kedahla

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.