Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahad, 4 November 2012

TGHA bertanding di Pekan, Najib bertanding di Bukit Bintang

Takde kawasan lain ke Hadi ni nak cari?


Ura-ura Tok Guru Hadi Awang (TGHA) untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan amat menarik perhatian ramai termasuk diri saya sendiri. Jika benar apa yang di sebut oleh Presiden PAS itu akan terjadi maka BN terpaksa melakukan banyak perkara yang ‘unorthodox’ bagi menampung sokongan yang semakin mengecil terhadap UMNO dan Najib di seluruh negara. 

Tindakan TGHA itu sedikit sebanyak akan menjejaskan prestasi BN di Pahang dan akan memberikan impak yang bukan kecil kepada pengundi-pengundi di kawasan yang kini menjadi harapan kepada PR rakyat di negeri itu. Ada lapan kerusi parlimen yang dalam keadaan ‘reachable’ bagi PR di Pahang sebelum Hadi memberikan indikasi untuk bertanding di Pekan. Jika benar-benar TGHA pergi bertanding di Pekan maka harapan bagi lapan kerusi parlimen di Pahang untuk jatuh ke tangan PR akan bertambah cerah.
Keputusan saya bergantung kepada parti.
Pendeknya keputusan TGHA untuk bertanding di Pekan itu bukan sahaja menjadi isu besar kepada BN di Pekan, malahan ia akan menambahkan pengaruh dan rangsangan penyokong PR untuk memenangi kerusi-kerusi yang selama ini menjadi idaman PR di Pahang itu. Di antara kerusi-kerusi yang memberikan potensi besar kepada PR ialah Raub, Jerantut, Bera, Cameron Highland, dan beberapa yang lain selain dari mempertahankan kerusi Kuantan dan Indera Mahkota.
 
Mahu tidak mahu pertandingan di antara TGHA dan Najib ini mesti diakui sebagai ‘the fight of the titan’ dan Pekan akan menjadi kawasan yang menjadi fokus rakyat dalam PRU ini. Perlu diingat Pekan bukan semestinya satu kawasan yang mustahil bagi BN dikalahkan. Telah tercatat dalam rekod dan sejarah pilihanraya di negara ini yang BN pernah memenangi hanya 241 undi sahaja dalam pilihanraya 1999 dahulu.  Jika ‘aura’ kebangkitan rakyat meninggi, kedudukan Najib sebagai PM yang selalunya sudah untuk ditandingi akan hilang kerana rakyat bergerak seiring dan sehayun untuk menukar kerajaan yang sudah terpalit dengan persepsi buruk rakyat sekarang ini.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.