Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 12 November 2012

INI SATU LAGI SEBAB UNTUK SATU JUTA TURUN KE JALAN RAYA



Inline images 1
GERAKAN MANSUHKAN ISA
KENYATAAN MEDIA: 12 NOVEMBER 2012
4 BULAN SUAMI DIPECAT, ISTERI TAHANAN ISA HILANG SUMBER PENDAPATAN, PINJAMAN RUMAH TERTUNGGAK

Pada Julai 2012, Puan Zoharna, isteri kepada tahanan ISA Bakar bin Baba menerima surat pemakluman bahawa suaminya akan ditamatkan perkhidmatan sebagai guru di SMK Umas-Umas Tawau. Bakar bin Baba ditahan di bawah ISA pada November 2011 atas tuduhan terlibat dengan kumpulan militan Darul Islam. Beliau ditahan tiga bulan selepas Perdana Menteri mengumumkan ISA akan dimansuhkan pada Hari Malaysia tahun yang sama. 

Akibat daripada pemecatan itu, keluarga mangsa hilang sumber pendapatan yang selama ini bergantung kepada pendapatan Bakar. Lebih parah apabila bayaran pinjaman rumah yang sedang keluarga mangsa diami juga sudah tertunggak memasuki bulan ke lima. Menurut Puan Zoharna, bayaran itu tertunggak setelah mereka tidak lagi menerima gaji Bakar bin Baba yang telah ditamatkan perkhidmatan sejak julai lalu. Mereka khuatir sekiranya jumlah tertunggak itu tidak dilunaskan, mereka juga akan kehilangan kediaman yang menjadi tempat berlindung mereka sekeluarga.  

Keluarga mangsa setakat ini hanya menerima bantuan daripada rakan-rakan yang membantu meringan beban belanja harian. Namun bantuan itu masih tidak mencukupi untuk melunaskan bayaran pinjaman rumah yang berjumlah RM 598 sebulan. Isteri mangsa juga perlu menanggung perbelanjaan harian 4 orang anak yang masih bersekolah. 

Setelah menerima surat penamatan jawatan, Isteri Bakar bin Baba telah menghantar surat rayuan kepada Bahagian Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bagi mempertimbangkan semula pemecatan tersebut. Oleh itu, pada  3 Ogos yang lepas, pihak GMI telah menghubungi Puan Salamah binti Abdul Latiff, Setiausaha Bahagian Tatatertib, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran untuk bertanyakan mengenai status pemecatan Bakar bin Baba. GMI dimaklumkan keputusan rayuan itu hanya akan dibuat dalam mesyuarat Lembaga Rayuan. Namun Puan Salamah enggan memakluman mengenai tarikh mesyuarat itu akan diadakan. 


Inline images 1Menurut maklumat terkini yang diperolehi daripada Puan Zoharna, beliau masih tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak bertanggungjawab mengenai status suami beliau dan gaji suami beliau masih ditahan.
Oleh itu GMI ingin menyeru orang ramai yang ingin membantu boleh terus menghulurkan sumbangan kepada keluarga Bakar bin Baba melalui isteri beliau, Puan Zoharna Abd Razak di akaun RHB 1100-3700-1604-11 atau akaun BSN 1210-1290-0035-5832.

Orang ramai juga boleh memberi sumbangan melalui Bendahari Gerakan Mansuhkan ISA, Puan Nashita Md Nor di akaun Maybank 1622-0993-9776. Sumbangan yang diterima GMI akan digunakan sepenuhnya sebagai dana bantuan kepada keluarga tahanan ISA yang memerlukan.   

Selain itu GMI juga mendesak agar pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran menimbang semula pemecatan Bakar bin Baba. Hal ini kerana pemecatan itu hanya akan menyebabkan Isteri dan anak-anak mangsa lebih menderita. Lebih-lebih lagi pemecatan itu dibuat tanpa Bakar bin Baba disabitkan bersalah oleh mana-mana mahkamah. GMI menganggap pemecatan bakar bin Baba tidak memiliki asas yang kukuh dan dibuat tanpa pertimbangan yang sewajarnya. 

Sekian. Terima kasih

Syukri Razab
Sekretariat GMI
Penyelaras Suaram

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.