Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, November 5, 2012

Hidup Lagi Rupanya Bewok Pasir Nih!

Ko dengar dan ko faham tak apa yang Nurul Izzah maksudkan?
Masa binatang  Porno hina Hudud dan masyarakat Islam baru ni kenapa ko bisu?

Mungkin baru ni dok 'mmupor' dalam pasir kot?
Ni baru timbul dan jengah kepala...

Kebebasan Beragama Tidak Terhad : Zul Nordin Cabar PAS Bidas Nurul Izzah.
alt
KUALA LUMPUR 5 Nov - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin mencabar PAS menentang pandangan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengenai hak kebabasan memilih agama yang tidak terhad kepada orang bukan Islam sahaja sebaliknya hak itu juga diberikan kepada orang melayu yang beragama Islam dalam kenyataannya baru-baru ini disebuah portal media berbahasa Inggeris.

Bekas Pemimpin PKR itu mempersoal pendirian PAS yang dahulu menentang penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) ketika beliau mengetuai bantahan cadangan penubuhan IFC satu ketika dahulu.

"Disini saya ingin mengambil kesempatan iaitu mempersoal dimana pendirian PAS kerana semasa IFC dicadangkan dahulu oleh Majlis Peguam dan badan bukan kerajaan (NGO), PAS mengambil sikap yang sangat keras termasuk saya yang mengetuai bantahan itu sehingga ahli PAS yang menyokong penubuhan itu diheret ke makhamah lalu dijatuhkan hukuman.

"Adakah pendirian PAS sama iaitu menentang IFC sekarang bermakna mereka (PAS) mestilah menentang apa yang dicadangkan oleh Nurul Izzah," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan kenyataan Nurul Izzah mempunyai persamaan yang ketara dengan Majlis Peguam dengan sokongan badan NGO dalam satu usaha untuk menubuhkan IFC.

"Pandangan Nurul Izzah sama seperti pandangan Majlis Peguam dan badan NGO lain yang mahu menubuhkan IFC yang mana matlamat utama IFC iaitu beri hak kebebasan memilih hak agama termasuk untuk orang Islam.

"Bagi saya, orang Melayu boleh menukar agamanya daripada agama Islam kepada lain, sama kesannya dengan menghapuskan bangsanya sendiri"ujarnya.

Terdahulu, sebuah portal media berbahasa Inggeris melaporkan Nurul Izzah mengatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa untuk mengamalkan agama tertentu dan ini juga termasuk kepada orang Melayu. 

- sumber

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.