Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pemimpin Sabah Cepat-cepat Masukkan RM40 juta Ke Dalam Akaun UMNO Sabah

Ahli Parlimen BN: RM40 juta kini dalam akaun Umno Sabah

KUALA LUMPUR 5 November: Wang seludup RM40 juta yang diserahkan oleh ahli perniagaan, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kini berada dalam akaun Umno Sabah.

Maklumat itu dinyatakan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dari Barisan Nasional kepada Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada satu program di Sabah dua hari lalu.

“Saya dimaklumkan oleh Rahman Dahlan. Persoalan besar ialah, kenapa sekarang? Semenjak 2008, wang itu baru timbul dalam akaun Umno Sabah?” katanya kepada pemberita di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

“Mengikut skop besar SPRM, fail ini patut dibuka semula. Ia tak sukar. Kalau perkara (siasatan) boleh dibuat terhadap rakyat biasa, tanpa kuasa dan sumber, lebih-lebih lagi (membabitkan pimpinan) kerajaan.

“Ini kes berprofil tinggi. Hal ini kemudiannya terpulang kepada SPRM. Ada banyak versi berbeza. Kita akan terus menjejak petanda dan akan ada beberapa lagi pendedahan,” jelas Rafizi.

Mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama mana-mana orang lain secara rasuah atau menerima atau bersetuju menerima bagi dirinya atau mana-mana orang lain melakukan kesalahan rasuah.

“Sebab itu SPRM dituntut membuat siasatan,” tegasnya.

Turut hadir bersama Rafizi membuat laporan di ibu pejabat SPRM ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa yang juga Ketua Penyelaras Jingga 13.

Isu RM40j: PKR buat laporan SPRM terhadap Musa, Nazri

Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu wang RM40 juta yang didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Rafizi berkata, laporan SPRM dibuat terhadap Musa dan Nazri kerana didakwa disebabkan hubungkait yang ada antara mereka tentang isu wang RM40 juta yang dibawa oleh ahli perniagaan, Michael Chia.

"Jadi satu laporan SPRM dibuat dan saya minta SPRM buka satu fail untuk siasat kes RM40 juta terhadap Musa Aman dan Michael Chia, dan juga Nazri dan anaknya.

"Nazri tak menafikan dan mengatakan anaknya tak ada kaitan dengan dia.

"Berdasarkan Akta SPRM, ada asas untuk mereka mulakan siasatan," katanya dalam sidang media sebelum masuk ke bangunan SPRM di Putrajaya hari ini.
-mk


Ulasan GB

Seperti kata Rafizi:

Persoalan besar ialah, kenapa sekarang? Semenjak 2008, wang itu baru timbul dalam akaun Umno Sabah?”

Apakah kerana pemimpin Sabah sudah terhidu bahawa laporan SPRM yang dilakukan oleh Rafizi bakal menjerat mereka maka itu wang RM40 juta dimasukkan ke akaun UMNO Sabah untuk menjustifikasikan dakwaan bahawa wnag tersebut sebagai sumbangan kepada UMNO Sabah bagi mengelakkan dari siasatan SPRM? Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan sekalipun mereka cuba menipu rakyat dan sekalipun SPRM enggan untuk melakukan siasatan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.