Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Skandal AES: Syarikat Ditubuh Lepas Dapat Kontrak AES

MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa kontraktor Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hanya mendaftarkan syarikat tersebut selepas memperoleh kontrak untuk memasang sistem itu.

Beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan butiran syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menurut Mahfuz, butiran pada pendaftaran syarikat itu menunjukkan syarikat berkenaan memperoleh kontrak tersebut sebelum syarikat itu didaftarkan lagi.

Satu dokumen yang ditunjukkan Mahfuz kepada pemberita, didakwa daripada SSM, menunjukkan ATES Sdn Bhd mendaftarkan syarikat tersebut pada 12 Februari 2009, manakala Beta Tegap Sdn Bhd pula pada 7 Februari 2004.

"Bagaimana dua syarikat ini tahu mereka dapat jaminan kerajaan sedangkan Kabinet meluluskan AES pada tahun 2006 dan saringan tender dilakukan pada 2006?

"Mereka daftar syarikat semata-mata nak dapatkan tender.

"Ini menunjukkan ada perkara yang tak kena. Ini bukan untuk selamatkan nyawa manusia tetapi untuk mengayakan kroni," dakwanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha ketika bercakap kepada pemberita selepas itu memberitahu, projek berkenaan dianugerahkan kepada syarikat berkenaan pada tahun 2008.

Namun, kontrak berkenaan hanya ditandatangan "beberapa tahun kemudian", katanya di bangunan Parlimen.

Bekas menteri pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat sebelum ini berkata, kabinet memutuskan untuk menswastakan pemasangan AES sebelum beliau menjawat jawatan itu.

Ong berkata beliau turut membangkitkan mengenai penswastaan berkenaan ketika menjadi menteri pada 2008. -mk

Dewan kecoh, menteri mengelak jawab AES

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha enggan memberi laluan kepada ahli-ahli parlimen Pakatan untuk mencelah bertanyakan soalan berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ketika sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan pagi semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar cuba bangun meminta penjelasan menteri walaupun tidak diberikan peluang bertanya.

"Kenapa menteri enggan memberi ruang untuk kita bertanya dan saya lihat menteri seolah-olah takut untuk jawab kerana risau ia akan terbongkar.

"Saya pasti ini disebabkan semuanya ada kepentingan sebab itu takut,"
jelas beliau walaupun Kong Cho Ha enggan memberi laluan.

Sebelum itu, pada awal sesi penggulungan telah timbul kekecohan apabila menteri mengatakan akan menjawab isu berkaitan AES pada akhir penggulungan.

Mahfuz ketika itu mengatakan tindakan tersebut adalah alasan menteri untuk tidak menjawab pertanyaan AES.

Mahfuz yang meneruskan pertanyaan meminta kerajaan memberitahu apakah bukti kukuh yang mengatakan pemasangan kamera dapat mengurangkan kadar kemalangan.

"Ada perkara yang tidak betul dalam pelaksanaan projek ini, dan saya pasti ia bukannya untuk tujuan menyelamatkan nyawa serta mengurangkan kadar kemalangan.

"Tetapi ia adalah sebenarnya untuk kayakan kroni dengan cara merompak duit dari rakyat,"
kata Mahfuz sambil ditentang oleh ahli-ahli parlimen Barisan Nasional.

Tambahnya lagi, kerajaan perlu memberi penjelasan bagaimana syarikat yang tidak mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan AES boleh dilantik untuk melaksanakan projek tersebut.

Kong Cho Ha dalam jawapan ringkasnya menyatakan apa yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Pakatan adalah dengan niat untuk memutar belitkan fakta.

Namun kenyataan tersebut disangkal oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang memberitahu menteri sepatutnya menjawab persoalan yang dibangkit bukannya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Penggulungan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan bersambung pada jam 2.30 petang.

Mahfuz dan Kong Cho Ha terus menjadi tumpuan apabila kedua-dua mereka terus menimbulkan isu di dalam dewan dan di lobi parlimen.
-HD


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.