Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, November 6, 2012

Romney ketinggalan dalam undian awal


Presiden Barack Obama mendahului Mitt Romney pada pemilihan Presiden Amerika Syarikat
UNDI AWAL: Sebahagian penduduk Florida beratur membuang undi awal di Miami pada Sabtu lalu. Mereka mengundi memilih presiden baru Amerika Syarikat. - Foto AP

WASHINGTON: Presiden Barack Obama dilihat mendahului Mitt Romney pada pemilihan Presiden Amerika Syarikat apabila kedudukannya melebihi calon Republikan itu di kalangan pengundi awal, terutamanya di negeri-negeri utama yang boleh menentukan keputusan pilihan raya.
Bagaimanapun, kelebihan Obama tidak sehebat sewaktu beliau menentang Encik John McCain empat tahun lalu.
Lebih 30 juta pengundi telah keluar mengundi di 34 negeri dan District of Columbia.
Tiada undi yang akan dikira sehinggalah hari pilihan raya, tetapi terdapat beberapa negeri yang membabitkan peserta kempen parti membenarkan pengundi keluar mengundi lebih awal.
Setakat ini pengundi Demokrat melebihi Republikan di Florida, Iowa, Nevada, North Carolina dan Ohio - lima negeri yang boleh membuat keputusan pilihan raya - jika pengundi di negeri-negeri berkenaan mengundi dengan cara yang sama.
Parti Republikan mempunyai kelebihan di Colorado, di negeri yang dimenangi Encik Obama pada 2008.
Barack Obama menguasai pengundian awal pada 2008 yang membawa kepada kemenangan besar seperti di Colorado, Florida, Iowa dan North Carolina.
Berikut adalah rumusan awal pemilihan di negeri-negeri penting:

COLORADO
  •  Sekitar 1.6 juta orang telah keluar mengundi dan Republikan melebihi Demokrat sebanyak 37 peratus berbanding 35 peratus. Bilangan yang keluar mengundi menyamai empat tahun lalu.
  • Encik Obama memenangi undi awal sebanyak sembilan mata berbanding 2008, memberikannya peluang yang cukup besar untuk menang di negeri itu, walaupun terpaksa kehilangan undi pada hari pilihan raya.
  • Pengundian awal di Colorado dijangka menyumbang kepada kira-kira 80 peratus daripada semua undi, memberikan undi lebih berat berbanding negeri-negeri lain.
FLORIDA
  • Sekitar 3.9 juta orang telah keluar mengundi, dengan 43 peratus menyokong Demokrat berbanding 40 peratus memilih Republikan.
  • Empat tahun lalu pada masa ini, Demokrat mencatatkan bilangan pengundi awal tertinggi, menjadikan parti itu memenangi 9 peratusan undi lebih daripada epublikan.
  •  
  • Encik Obama memenangi undi awal di Florida dengan 10 mata pada 2008, mendapat 400,000 undi lebih awal daripada Encik McCain,
  •  
  • Di Florida, Republikan mempunyai sejarah mencatatkan undi yang lebih baik di kalangan pengundi melalui undi pos, manakala Demokrat telah melakukan yang lebih baik di kalangan orang-orang yang keluar awal mengundi.
IOWA
  • Sekitar 614,000 orang telah mengundi, melebihi jumlah bilangan undi awal pada 2008.
  • Setakat ini 43 peratus pengundi awal memilih Demokrat dan 32 peratus memilih Republikan.
  • Empat tahun lalu, Encik Obama memenangi undi awal di Iowa.
NEVADA
  • Seramai 628,000 orang telah keluar mengundi, 44 peratus daripada jumlah itu menyokong parti Demokrat dan 37 peratus memilih parti Republikan.
  • Empat tahun lalu, Encik Obama meraih kemenangan besar bagi undi awal Nevada. Beliau juga memenangi undi pada hari pilihan raya di negeri itu.
NORTH CAROLINA
  • Sekitar 2.5 juta orang telah keluar mengundi dengan 48 peratus daripada mereka menyokong parti Demokrat manakala 32 peratus lagi memilih parti lawan.
  • Empat tahun lalu pada masa ini, Demokrat telah mendahului dengan mata lebih besar sedikit berbanding Republikan, dan Encik Obama memenangi undi awal sebanyak 11 mata.
  •  
  • Encik Obama hilang undi pada hari pilihan raya sebanyak 17 mata pada 2008, tetapi undi awal adalah lebih besar daripada undi hari pilihan raya, memberikan kemenangan tipis kepada Encik Obama.
OHIO
  • Sekitar 1.6 juta orang telah mengundi, dengan 29 peratus memilih Demokrat dan 23 peratus, Republikan.
  • Ohio sekali lagi boleh menjadi wilayah penting dalam perlumbaan merebut jawatan presiden. Malangnya, data awal pengundi Ohio adalah terhad.
  •  
  • Pada 2008, Encik Obama memenangi Ohio sebanyak lima mata.
  • Jika Encik Obama menang di Ohio, Wisconsin dan Iowa pada hari mengundi dan mengelak sebarang kejutan di kubu kuat Demokrat, beliau akan muncul sebagai anggota Demokrat kedua memimpin Rumah Putih bagi dua penggal sejak Perang Dunia Kedua.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.