Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Umno sangkal dakwaan Hadi
Wartawan Sinar Harian
6 November 2012
ABDUL HADI AWANG
ABDUL HADI AWANG
SHAH ALAM – Umno menyangkal dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) bersifat perkauman.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ir Idris Haron berkata, kenyataan Abdul Hadi tidak mencerminkan apa berlaku masa kini.

“Sebagai seorang yang dianggap ulama, beliau (Abdul Hadi) tidak sepatutnya bercakap begitu, saya rasa beliau sudah hilang deria mata, telinga dan buta hati apabila bercakap tanpa menggunakan fakta dan menidakkan apa yang berlaku hari ini.

“Bukan MCA atau MIC yang bersifat perkauman tetapi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang sering kali menyentuh sensitiviti rakyat di negara ini,” katanya.

Menurutnya, sepanjang BN bekerjasama dengan MCA dan MIC, tiada rusuhan berlaku malah rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan harmoni, tetapi sebaliknya berlaku apabila DAP mula berkuasa.

Katanya, Presiden Pas itu sengaja menutup mata terhadap apa dilakukan DAP kerana terdesak meraih sokongan untuk pilihan raya.

Kelmarin, Abdul Hadi seakan merestui penyertaan orang Melayu dalam DAP dan menganggap parti komponennya itu berbeza dengan MCA dan MIC yang bersifat perkauman.

“Semua parti pembangkang termasuk DAP tidak bersifat perkauman dan perlu disokong kerana dianggotai semua kaum,” katanya pada perhimpunan jalanan yang diadakan di Taman Seremban Jaya, Sabtu lalu.

Abdul Hadi turut memberitahu, banyak kawasan Melayu yang masih mundur turut diperjuangkan oleh DAP, sebaliknya Umno membiarkan kawasan Cina dan India mundur.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, apa yang dikatakan Abdul Hadi tidak tepat.

“Sejak BN memerintah, tiada istilah pilih kasih atau anak tiri digunakan dalam membangunkan sesuatu kawasan atau kaum. Umno bersama parti komponen lain berusaha memastikan rakyat mendapat apa diingini. Jika ada kawasan yang dianggap mundur, itu bukan sebab BN menganaktirikan mereka tetapi perlu melihat keupayaan untuk memajukan kawasan itu,” katanya.

Ahmad turut mengingatkan orang Melayu untuk berfikir sepuluh kali jika mahu mengikut saranan Abdul Hadi agar menyertai DAP.

Menurutnya, sejarah membuktikan apabila BN berjaya membawa negara bergerak jauh ke hadapan dengan memberi manfaat kepada semua kaum.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.