Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BOLEH CAYA KE ?


Calon PRU: Tapisan SPRM akan tambah keyakinan rakyat
Wartawan Sinar Harian
22 Disember 2012
Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
SHAH ALAM – Puteri Umno menerima baik cadangan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menapis  bakal calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana ia akan menambah keyakinan rakyat ke atas calon-calon yang diketengahkan.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya cadangan uni dilaksanakan demi membuktikan ketelusan calon-calon yang dipertandingkan.

“Sekiranya calon yang akan dipertandingkan merupakan seorang calon yang benar-benar ikhlas, layak dan telus maka cadangan itu tidak akan mendatangkan masalah malah akan menambahkan lagi keyakinan rakyat terhadap calon tersebut.

“Ini adalah selari dengan tujuan penubuhan SPRM iaitu sebagai mekanisme ‘check and balance’ mewakili rakyat di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar, mencadangkan pihak kerajaan mewajibkan ahli politik mengemukakan senarai calon PRU13.

Johan berkata, ia antara yang dirangka oleh pihaknya dan dicadangkan berkuat kuasa menjelang PRU13.


Pandangan itu setakat ini menerima reaksi bercampur daripada parti-parti politik dan orang ramai.


Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan menambah, dengan adanya kaedah sebegini maka rakyat akan lebih yakin dengan semua calon pilihan raya umum yang dipertandingkan oleh kesemua parti-parti di Malaysia.

Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa  cadangan SPRM itu merupakan satu langkah baik untuk mengelak masalah lebih besar dan menyusahkan rakyat jika calon tersebut bermasalah serta terbabit rasuah selepas pilihan raya berlangsung.

“Kerajaan Barisan Nasional sememangnya sebuah  kerajaan yang adil, sentiasa mendahulukan rakyat serta membela nasib rakyat.

“Sudah tentunya langkah yang baik demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat akan disambut dengan baik,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.