Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MACAM MUKA OGHANG PERAK JEW !

22/12/12

Kes liwat - Berkain sarung ke mahkamah


Berkain sarung ke mahkamah


BUTTERWORTH - Pekarangan Mahkamah Butterworth yang selalunya tenang bertukar riuh semalam, apabila orang ramai bertanya antara satu sama lain selepas melihat seorang lelaki bergari dalam keadaan berkain sarung dibawa anggota polis untuk didakwa.


Namun, pertanyaan mereka akhirnya terjawab apabila mendapati lelaki itu didakwa di Mahkamah Sesyen 3 di sini, atas tuduhan meliwat seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun.

Suspek, seorang jurukimpal warga Bangladesh dituduh mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap seorang kanak-kanak
lelaki, Oktober lalu.

Md Rezaul, akhir 40-an, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Merak Jaya, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS), pada jam 12 tengah hari.

Semasa pertuduhan dibacakan, jurukimpal yang sudah lebih lima tahun bekerja di sebuah kedai besi di Pekan Simpang Ampat itu berkata, dia kurang jelas dengan pertuduhan yang dikenakan kerana kurang memahami bahasa Melayu.

Memandangkan ketiadaan jurubahasa, Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 23 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan seorang
jurubahasa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fauziah Md Daud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jika didapati bersalah tertuduh bakal berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebat.

Selepas tiada pengakuan direkodkan, tertuduh yang tidak dibenarkan ikat jamin kemudiannya ditahan sementara menantikan tarikh baru sebutan kes berkenaan.- sinar harian.com

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.