06 September, 2013
Ku Li Bidas Najib, Cabar Semua Menteri Isytihar Harta
Tengku Razaleigh Hamzah membidas langkah Putrajaya menaikkan harga
minyak, sebaliknya menggesa Datuk Seri Najib Razak menangani isu rasuah
yang disifatkan lebih utama untuk mengatasi defisit fiskal negara.
Pemimpin veteran Umno tersebut berkata kesan rasuah adalah lebih buruk
kerana ia juga melibatkan pengguna yang lebih terkena tempias.
"Kesan rasuah akan terkena kepada pengguna, wang akan mengalami kesan buruk.
"Sepatutnya mereka yang rasuah perlu ditangani dahulu," katanya dalam sidang media di kediamannya di Langgak Golf hari ini.
"Rasuah adalah perkara utama kita hadapi," tambahnya.
Beliau juga mencabar semua menteri dan timbalan menteri, termasuk
dirinya untuk mengisytiharkan aset supaya orang ramai boleh membuat
penilaian.
"Menteri, bekas menteri termasuk saya, ayuh isytiharkan harta masing-masing," cabar beliau. ~the malaysian insider



1 orang berkata:
Ku Li jangan cakap-cakap saja. Khidmat tuan masih dikehendaki orang melayu. Buatlah sesuatu dengan segera. Negara kita sudah terlalu parah. Orang kecil hanya boleh komen saja. Tuan adalah tokoh yang terbaik untuk memulihkan ekonomi negara. Sebab:
1. Pengalaman yang luas.
2. Orang2 UMNO pun akan sokong. Mereka pun sudah meluat dengan Najib.
3. Tuan tidak dilihat sebagai serangga perosak oleh Pakatan.
Inilah masa yang terbaik untuk bertindak.
Post a Comment