23 November, 2013
Muhyiddin Di Ambang Bahaya.. Ini Sebabnya
Heboh di parlimen isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pergi
ke Qatar menggunakan jet kerajaan sedangkan beliau bukan menteri.
Pembangkang membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat.
Isu ini gagal dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. Yang lebih mengejutkan apabila ahli parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman mengatakan Rosmah pergi bukan atas urusan kerajaan tetapi atas urusan peribadi.

Sedangkan Shahidan berkata ia adalah di atas urusan kerajaan sambil beliau mencabar wartawan suruh cari pelabur untuk negara.
Pendedahan Azalina yang juga bekas Menteri Pelancongan memang
mengejutkan sambil beliau berkata yang meluluskan Rosmah menggunakan jet
peribadi itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Adakah Muhyiddin diperangkap? Apa motif Azalina mendedahkan Muhyiddin
yang meluluskan permohonan Rosmah? Ini bermakna Datuk Seri Najib Tun
Razak boleh lepas tangan kerana bukan beliau yang meluluskan permohonan
Rosmah untuk menggunakan jet peribadi.
Rosmah berkata beliau tidak kesah dengan kritikan. Memanglah beliau tak
kesah kerana yang meluluskan permohonan itu bukan suaminya.
Bagaimana masa depan Muhyiddin dalam isu ini? Adakah Muhyiddin akan selamat sehingga PRU ke 14?
Baru-baru ini ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin mendesak
Muhyiddin meletakkan jawatan kerana skandal NFC berlaku sewaktu beliau
menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Skandal RM250 juta itu mengejutkan rakyat kerana bukan lembu yang dibeli oleh suami Datuk Seri Shahrizat Jalil sebaliknya kondo yang dibeli.
Skandal RM250 juta itu mengejutkan rakyat kerana bukan lembu yang dibeli oleh suami Datuk Seri Shahrizat Jalil sebaliknya kondo yang dibeli.
Usaha untuk mendapatkan komen Muhyiddin gagal untuk menjawab desakan
Zuraidah itu. Sehingga ini Muhyiddin belum bersuara mengenai isu skandal
NFC itu. Muhyiddin yang dikaitkan dengan kelulusan jet kepada Rosmah
juga belum menjawab isu ini.
Bulan lepas ketika berkempen pada PRK Sungai Limau. Muhyiddin dimarahi
oleh penyokong PAS kerana mengaitkan isu penarikan subsidi gula dengan
aruah ADUN Sungai Limau, Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Kononnya kaki Azizan dipotong kerana makan gula berlebihan yang menyebabkan penyakit kencing manis. Keluarga Azizan mendesak Muhyiddin minta maaf dan akhirnya Muhyiddin minta maaf.
Kononnya kaki Azizan dipotong kerana makan gula berlebihan yang menyebabkan penyakit kencing manis. Keluarga Azizan mendesak Muhyiddin minta maaf dan akhirnya Muhyiddin minta maaf.
Inilah tiga kesilapan Muhyiddin yang mana isu Azizan, beliau minta maaf
tetapi dua isu lagi, jet peribadi yang digunakan Rosmah dan isu skandal
NFC belum dijawab oleh Muhyiddin.
FMT cuba mendapatkan komen Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan
mengenai desakan Zuraida supaya Muhyiddin meletakkan jawatan kerana
beliau adalah menteri yang bertangungjawab sewaktu permohonan pinjaman
NFC diluluskan, tetapi Timbalan Menteri Kewangan itu enggan mengulas
sebaliknya beliau berkata biarlah Muhyiddin yang menjawabnya.
Selamatkah Muhyiddin dalam politik apabila tiga isu ini tercetus?
Sebenarnya Muhyiddin sudah tidak mahu lagi aktif dalam politik.
Menurut sumber, selepas PRU ke 13, beliau telah menemui Najib untuk melepaskan jawatan dalam masa dua tahun lagi, tetapi Najib suruh beliau teruskan berkhidmat untuk negara.
Menurut sumber, selepas PRU ke 13, beliau telah menemui Najib untuk melepaskan jawatan dalam masa dua tahun lagi, tetapi Najib suruh beliau teruskan berkhidmat untuk negara.
Mungkin Najib mengenang budi Muhyiddin. Kalau bukan Muhyiddin yang desak
Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan pada tahun 2008, mungkin
Najib masih kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri. Maka Najib masih
memerlukan Muhyiddin buat masa ini.
Muhyiddin disanjung pada tahun 2008 kerana berani desak Pak Lah berundu selepas BN gagal menang majoriti dua pertiga.
Tetapi apabila Najib juga gagal dapat majoriti dua pertiga, Muhyiddin membisu kerana kononnya Umno makin banyak menang kerusi (88 kerusi) walaupun prestasi BN pada PRU ke 13 (133 kerusi) lebih teruk dari prestasi PRU ke 12 (140 kerusi).

Tiga isu sudah meletup. Mungkin selepas ini ada lagi isu yang melibatkan
Muhyiddin meletus, maka Najib tidak dapat mempertahankan Muhyiddin
lagi. Ketika itu Najib terpaksa melepaskan Muhyiddin pergi secara baik.
Inilah peluang bagi Najib untuk menaikkan sepupunya, Datuk Seri
Hishamuddin Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru dua tahun
lagi.
Biasanya Naib Presiden Umno yang ketiga yang menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti yang berlaku pada Tun Dr Mahathir Mohamad (1976), Tun Musa Hitam (1981) dan Tun Ghafar Baba (1986). Adakah Hishamuddin akan mengikut jejak langkah Naib Presiden Umno ketiga? Sama-samalah kita tunggu. ~fmt

0 orang berkata:
Post a Comment