Gempar!!! PRK N20 Sg. Limau: Berita Terbaru Dari SPR Berkaitan Isu Jualan Tidak Masuk Akal.. Jom Terjah!!
9:02 PM
No comments
Suruhanjaya Piliihan
Raya (SPR) menyifatkan jualan murah gula dan beras oleh Barisan Nasional
(BN) semasa tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan
Negeri (DUN) Sungai Limau tidak mengandungi unsur rasuah kerana pengundi
masih diberi kebebasan memilih calon pilihan mereka.
Pengerusinya, Tan Sri
Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar), berkata tiada undang-undang pilihan raya
yang berkaitan jualan murah dan kebenaran daripada Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) mesti
diperoleh bagi mengadakan jualan tersebut.
“Tiada dalam
undang-undang pilihan raya pasal jualan ini. Saya ingat perkara ini di
bawah KPDNKK bagi memohon kebenaran mengadakan jualan murah atau jualan
amal.
“Apa yang saya tahu ia
tidak melanggar peraturan. Saya tidak dimaklumkan mengenai perkara ini.
Kalau dibuat jualan kepada orang ramai, tidak menjadi masalah tetapi
jika dipanggil pengundi membeli dengan harga murah kemudian menggesa
pengundi untuk mengundi calon tertentu, itu tidak dibenarkan,” katanya
ketika dihubungi The Malaysian Insider.
BN pada Ahad lalu
mengadakan karnival jualan murah di Bukit Besar iaitu sebuah kawasan
yang terletak kira-kira 19 kilometer dari Bandaraya Alor Setar dengan
satu kilogram gula boleh dibeli pada harga RM1 berbanding harga pasaran
RM2.84 dan sekampit beras 5 kilogram dijual RM5 berbanding harga pasaran
sebanyak RM13.
Abdul Aziz berkata,
sesebuah pilihan raya akan dikira sebagai rasuah apabila pengundi
diminta untuk mengundi calon tertentu dan pengundi tersebut pula
menunjukkan bukti mereka mengundi calon tersebut.
Katanya, mereka yang
datang untuk membeli di karnival jualan murah itu tidak dapat dipastikan
siapa yang mereka undi dan kemenangan PAS membuktikan jualan tersebut
tidak berjaya mempengaruhi pengundi.
“Kita pun tak tahu siapa
yang hadir ke jualan murah tersebut dan siapa yang mereka undi. Jika
ada unsur rasuah maka saya sendiri akan berhubung dengan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Perkara ini serupa
dengan memberi tambang balik kepada pengundi. Pengundi berhak memilih
sendiri calon pilihan mereka. Saya tidak dengar ada yang berbicara
tentang jualan murah. Bukit Besar majoriti pengundinya menyokong PAS.
Majoriti besar dalam tiga kawasan di situ.
“Maknanya mereka tidak
‘termakan’ dengan perkara itu. Mereka beli sahaja namun undi tetap
rahsia. Bukan ada orang yang tahu. Kita beri apa-apa pun, mereka ambil
tapi tidak semestinya mereka ikut. Itu bukan rasuah," katanya.
Abdul Aziz berkata,
pilihan raya yang berlangsung semalam berjalan lancar meskipun terdapat
beberapa perkara yang merencatkan suasana pembuangan undi.
Katanya, sikap agresif
dan tutur kata yang kurang sopan dilontarkan sesetengah penyokong
menyebabkan suasana pilihan raya berlangsung dalam keadaan yang kurang
menyenangkan.
“Secara keseluruhan,
perjalanan pilihan raya semalam berlangsung dengan baik dan insiden
kecil perkara biasa dalam pilihan raya. Kempen di sini memang dahsyat
terutama perangai mereka. Penyokong parti tidak patut berkelakuan
sedemikian terutama perkataan dan bahasa badan yang kurang enak
dilontarkan.
“Saya tidak mahu sebut
parti mana. Perbuatan yang tidak enak ini sehingga menyebabkan saya
mengambil keputusan membatalkan lawatan ke tempat tertentu kerana saya
lihat penyokong seperti sudah hilang fikiran. Anda boleh bayangkan
suasananya. Namun perbuatan sedemikian tidak mencemarkan keputusan
pilihan raya,” katanya.
Orang ramai berebut-rebut membeli gula, beras dan milo yang dijual murah di karnival anjuran BN di Bukit Besar, Sungai Limau.
Orang ramai berebut-rebut membeli gula, beras dan milo yang dijual murah di karnival anjuran BN di Bukit Besar, Sungai Limau.
Karnival jualan murah
yang dianjurkan BN pada saat-saat akhir tempoh berkempen itu sedikit
sebanyak mengundang kegusaran PAS untuk mempertahankan kerusi itu.
Pilihan Raya Kecil DUN
Sungai Limau semalam menyaksikan calon PAS Mohd Azam Abd Samat
memperoleh sebanyak 12,069 undi manakala calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim
pula memperoleh undi sebanyak 10,985 sekaligus menyaksikan PAS menang
dengan majoriti sebanyak 1,084.
Sejumlah 23,249 pengundi atau 85.5% daripada keseluruhan pengundi keluar menjalankan tanggungjawab membuang undi semalam.
Semua 17 pusat pembuangan undi kerusi DUN Sungai Limau secara rasmi ditutup pada jam 5 petang semalam.
Pilihan raya kecil itu
diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut berikutan penyandangnya
allahyarham, Tan Sri Azizan Razak yang kembali ke rahmatullah pada 26
September lalu.
Menteri Besar Kedah,
Datuk Mukhriz Mahathir pula menyifatkan kejayaan BN mengurangkan
majoriti undi PAS lebih daripada separuh dalam pilihan raya itu adalah
satu kemenangan.
Beliau berkata, BN
menerima keputusan pilihan raya itu, namun berjanji tidak akan
menghentikan usaha mendekati sekolah pondok seperti yang terkandung
dalam Aku Janji BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) demi
meningkatkan syiar Islam.
Katanya, kerajaan negeri
BN akan meneruskan dua projek yang diumumkan, iaitu jalan raya Guar
Chempedak ke Pulau Bunting dan cadangan membina pelabuhan di pulau itu.
Walaupun PAS berjaya
memenangi kerusi DUN Sungai Limau, majoriti undi yang diperoleh Mohd
Azam merosot sebanyak 61 peratus berbanding majoriti diperoleh Azizan.
Mohd Azam memperoleh majoriti undi 1,084 berbanding 2,774 undi yang dimenangi Azizan.
Sementara itu, BN walaupun kalah dalam pilihan raya itu memperoleh anjakan undi sebanyak 4.4% berbanding dalam PRU13 Mei lalu.




1 orang berkata:
hi3...
Post a Comment