• Datuk Mahfuz Omar  
  • Datuk Mahfuz Omar
1 / 1
KUALA LUMPUR - Selepas Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membidas kenyataan Karpal Singh, nada serupa disuarakan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz nyata tidak bersetuju dengan pandangan pengerusi DAP itu yang mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau berkata, cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini.

Menurut Mahfuz, mana-mana pertubuhan atau parti yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan perlu diberikan ruang.

"Apa jenis parti, teras parti tersebut kalau tak ada pelanggaran dengan perlembagaan, dia dapat memahami dan mengikuti proses perlembagaan kita ini, maka ia perlu diberikan ruang.

"Inilah proses demokrasi.

"Saya memang tak bersetuju dengan pandangan Karpal dan juga Umno," katanya kepada Sinar Harian Online, yang ditemui di lobi Parlimen, di sini, hari ini.