Friday, November 8, 2013
Mangkok Betul, Kalau Dah Tahu Bertindaklah Cepat!
Memang kita tidak persalahkan kerajaan
Intipan memang ada di mana-mana
Amerika sendiri pun kena intip
Tapi kalau dah tahu dan jelas, bertindaklah cepat secara diplomatik
Kalau pun rakyat kita terlibat
Siasat, tangkap, bicara dan hukumlah
Janganlah buat kenyataan bertaraf mangkok hayun!
Intipan bukan kerana kelemahan kerajaan
Intipan memang ada di mana-mana
Amerika sendiri pun kena intip
Tapi kalau dah tahu dan jelas, bertindaklah cepat secara diplomatik
Kalau pun rakyat kita terlibat
Siasat, tangkap, bicara dan hukumlah
Janganlah buat kenyataan bertaraf mangkok hayun!
Intipan bukan kerana kelemahan kerajaan
KUALA LUMPUR -
Kegiatan pengintipan yang didakwa dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS)
ke atas Malaysia bukan bermakna kerajaan lemah dalam melindungi
keselamatan negara kerana AS juga dikatakan turut berbuat demikian ke
atas negara-negara lain, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah
Zainudin.
Menyangkal
kritikan bahawa kegiatan pengintipan ke atas Malaysia disebabkan
kelemahan kerajaan, beliau berkata AS malah didakwa melakukan
pengintipan ke atas Canselor Jerman Angela Merkel.
"Kegiatan
pengintipan itu bukan kerana kelemahan Malaysia tetapi lebih kepada
kelemahan di pihak AS dalam memahami prinsip hak asasi manusia," katanya
dalam sidang media di sini hari ini selepas merasmikan Perbincangan
Meja Bulat Pihak Berkepentingan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) di
sini hari ini.
Hamzah
menegaskan kegiatan pengintipan bercanggah dengan apa yang diperjuangkan
AS selama ini berhubung hak asasi manusia yang tidak membenarkan
sesiapa pun mengintip mana-mana negara termasuk pemimpin dan rakyatnya.
"AS patut
melihat ini sebagai kelemahan dalam memahami konsep melindungi
keselamatan negara, iaitu bukan dengan cara melakukan intipan ke atas
negara lain. Mereka perlu lihat kepada rakan-rakan mereka, seperti
Malaysia, sebagai negara yang mesra yang dapat membantu satu sama lain,”
katanya.
Isu kegiatan
pengintipan oleh AS timbul selepas akhbar melaporkan pemberi maklumat
perisikan, Edward Joseph Snowden mendedahkan AS memasang 90 alat
pemantauan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaan AS di sini.
Hamzah berkata
kerajaan menentang kegiatan pengintipan dan sekiranya dakwaan itu benar,
kerajaan mendesak AS agar menghentikannya segera.
Mengenai hubungan dua hala, beliau berkata kerajaan perlu mematuhi etika tertentu dalam soal itu.
"Kami telah
memanggil pihak Amerika Syarikat (kedutaan AS) dan mereka telah
mengeluarkan kenyataan. Tindakan susulan akan dibuat bagi memastikan
insiden ini (pengintipan) tidak berlaku lagi di masa depan," katanya.
Kepada soalan
sama ada terdapat kemungkinan Malaysia memutuskan hubungan dua hala
dengan AS, Hamzah berkata isu itu tidak timbul.
"Malaysia telah
meminta penjelasan. Jika kami tidak berpuas hati, kami akan minta
penjelasan lanjut. Kami akan terus mendapatkan penjelasan sehingga
keputusannya memihak kepada kita kerana ini negara kita. Ia merupakan
etika diplomatik yang dipatuhi negara yang bermaruah,” katanya.
Ketua Pegawai
Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Datuk
Saifuddin Abdullah, semasa mengulas isu itu berkata GMM berpuas hati
dengan langkah diambil Wisma Putra dalam mengendalikan isu itu.
Perbincangan
meja bulat itu diadakan sebagai respons kepada ucapan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung ke-68 Pertubuhan
Bangsa Bersatu pada September, dengan beliau mengulangi gesaan yang
dibuatnya tiga tahun lalu supaya semua negara bersatu dan menolak trend
menimbulkan malapetaka ke arah keganasan ekstrem.
Dihadiri 200
peserta, perbincangan bertumpu kepada peluang menerokai bidang kerjasama
dan persefahaman bersama, termasuk mencapai persetujuan ke atas satu
set nilai-nilai kesederhanaan, mengenal pasti cabaran dan kekangan dan
menerima pakai senarai projek-projek bersama. - sumber
Posted by
mountdweller



0 orang berkata:
Post a Comment