Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 13 November 2013

Kalau Tak Tipu Bukan UMNO: Bekas Ketua Cabang Pandan Antara 70 Ahli PKR Sertai UMNO ...ha..ha...Aziz ni bekas ketua cabang..!!!

PANDAN 13 Nov - Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin parti itu kerana terlalu memandang rendah terhadap ahli parti dari akar umbi.
Bekas Ketua Cabang PKR Cabang Pandan Abdul Aziz Jusoh berkata, beliau kecewa dengan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli kerana telah mengaibkan beliau.

"Saya kecewa sebab dia (Rafizi) mengaibkan saya.

"Saya keluar parti, saya tidak puas hati dengan PKR dan saya hilang kepercayaan dengan pemimpin parti yang terlalu pandang rendah dengan orang bawahan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Turut hadir menerima borang keahlian Ketua UMNO Bahgian Pandan Datuk Mohd Haniff Koslan dan ahli-ahli jawatan kuasa bahgian.

Dalam ucapan Abdul Aziz kepada orang ramai, beliau menjelaskan dirinya telah diaibkan di dalam akhbar sinar seolah-olah beliau meminta sedekah.

"Saya berkerja siang malam pagi petang langsung tidak berterima kasih.

"Sejak tahun 1999 saya buka bilik gerakan di rumah saya, saya tidak pernah meminta satu sen pun. Tapi hari ini dia (Rafizi) keluar kenyataan menyatakan saya minta duit sewa bilik gerakan, macam inikah pemimpin?." katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz juga telah membawa 70 orang ahli PKR cabang beliau masuk menyertai UMNO dan bilik gerakan yang dibuka sejak tahun 1999 itu serta merta ditutup ~ Rakyat News

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.