NIK AMAR SUDAH SMASH MAT SABU, DIA KATA PENGUNDI MELAYU RAMAI YANG LARI DARI MENYOKONG PAS, INI MAT SABU PUNYA HAL ? JADI DIA CUMA NAK PULIHKAN BALIK PENGUNDI MELAYU, SEBAB ITU NIK AMAR BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN, INI BERERTI DIA NAMPAK MAT SABU GAGAL DISINI, KEMUDIAN ADA PULAK SUARA YANG TERBARU, RUPANYA MAT SABU KALAH PASAI PENGUNDI MELAYU, JADI BETULLAH BACAAN NIK AMAR ? ADA YANG KATA GOLONGAN PROFESIONAL PERLU KALAH SEBAB PRO ANUAR ? TU SEBAB ULAMA PERLU BANGKIT DAN UMNO PERLU BANTU, MENGAPA TETIBA SAJA UMNO DIKAITKAN DENGAN PEMILIHAN PAS ? TU SEBAB HANGPA PAKAI AKAL, JANGAN IKUT EMOSI, HANGPA CARI LA JARUM YANG MASIH TAJAM, KALO TAK FAHAM PI JAHANAM LA POLITIK HANGPA - Pak Karamu
Timbalan presiden PAS: Sokongan Utusan “membawa rebah” kepada Mohd Amar?
ANALISIS BERITA OLEH AMIN ISKANDAR
Mohd Amar dikatakan mewakili golongan ulama di dalam PAS.Pertembungan
satu lawan satu bagi jawatan timbalan presiden PAS di antara Mohamad
Sabu dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilihat sebagai pertembungan di
antara kumpulan anti ulama dan pro ulama walaupun ironinya, Mohamad dan
rakan-rakannya dalam Pemuda pada tahun 1982 yang membawa usul kepimpinan
ulama dalam parti Islam itu.
Mohamad kini dianggap sebagai mewakili golongan profesional atau
Edorgan manakala Mohd Amar dikatakan mewakili suara golongan ulama.
Hari ini Mohamad umpama mendapat “vitamin tambahan” apabila akhbar
milik Umno Utusan Malaysia memberikan sokongan terbuka kepada Mohd Amar
bagi jawatan timbalan presiden PAS itu.
“Orang PAS ni siapa yang Utusan sokong mereka tolak,” kata seorang
aktivis parti Islam itu apabila dihubungi The Malaysian Insider.
“Utusan Malaysia ni akhbar Umno, bila dia sokong, mesti ada agenda jahat,” katanya.
Dalam pemilihan PAS pada 2011, Utusan Malaysia memberikan sokongan kuat
kepada Nasharudin Mat Isa dan bekas Timbalan Presiden PAS itu mendapat
224 undi, undi tercorot berbanding Mohamad (420 undi) dan Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man (399).
Dalam rencana yang ditulis pengarang Utusan Malaysia Zulkiflee Bakar
bertajuk “Memperkasa ulama dalam PAS”, beliau mengatakan kemenangan Mohd
Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu penting demi
memastikan pengaruh ulama dikembalikan semula dalam PAS.
"Mereka (PAS) mempunyai misi penting untuk dilunaskan iaitu pertama,
mengembalikan kekuatan ulama dalam heirarki kepimpinan utama PAS dan
kedua, mendesak supaya PAS tidak menjadi ‘lebai malang’ melalui
kerjasama dalam pakatan pembangkang.
"Bagi misi pertama, sudah pastilah tumpuan akan diberikan kepada
perebutan jawatan timbalan presiden yang kini disandang oleh Mohamad
Sabu," kata beliau dalam tulisannya di Utusan Malaysia edisi Ahad,
Mingguan Malaysia hari ini.
Mat Sabu yang dahulunya dianggap sebagai “ayam sabung PAS” kini sudah sudah menurun popularitinya. Zukiflee
turut mendakwa Mohamad yang dianggap sebagai “ayam sabung PAS” itu
sudah menurun populariti dan kehadiran orang ramai dalam
ceramah-ceramahnya semakin berkurangan.
“Jumlah kehadiran orang ramai pada ceramah beliau semakin menurun dan
ada dalam kalangan pemimpin PAS sendiri berasa Mat Sabu sudah tidak
relevan lagi untuk berada dalam barisan kepimpinan kanan PAS pusat
apatah lagi timbalan presiden,” katanya.
Mohamad dan Mohd Amar bakal bertembung satu lawan satu dalam pemilihan PAS kali ini apabila calon-calon lain yang layak Tuan Ibrahim, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub menarik diri dan hanya bertanding merebut jawatan naib presiden.
Mohamad dan Mohd Amar bakal bertembung satu lawan satu dalam pemilihan PAS kali ini apabila calon-calon lain yang layak Tuan Ibrahim, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub menarik diri dan hanya bertanding merebut jawatan naib presiden.
Kemenangan bagi jawatan timbalan presiden dan naib presiden PAS pada 22
November ini akan menentukan masa depan parti Islam itu terutamanya
sama ada terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR) atau keluar daripada
gabungan itu.
Mohamad dilihat sebagai mewakili kumpulan yang mahukan PAS terus bersama PR manakala Mohd Amar pula dilihat sebaliknya.
Dalam ucaptama di Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang
Semut pada September, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib
mencadangkan agar parti Islam itu mengkaji semula tahaluf siasi
(kerjasama politik) parti Islam itu terutamanya dengan PKR.
"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku
perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di
dalam tahaluf siasi," kata Harun.
Pandangan Harun itu dilihat sebagai pandangan golongan ulama yang berada di belakang Mohd Amar.
Di atas kertas, Mohamad mempunyai kelebihan dan lebih dikenali oleh
1,300 perwakilan PAS kerana sudah lama berperanan sebagai pemimpin
nasional dan senangi oleh rakan-rakan PR berbanding Mohd Amar yang hanya
aktif dalam arena politik Kelantan.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merupakan “penyokong kuat” Mohamad
daripada PR walaupun tidak boleh mengundi dalam pemilihan PAS kali ini.
“Mat Sabu memainkan peranan positif dalam Pakatan Rakyat. Beliau
dilihat sebagai seorang negarawan,” kata Lim kepada The Malaysian
Insider baru-baru ini.
Menurut Lim, beliau mula mengenali Mohamad secara rapat apabila
kedua-duanya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem
Tahanan Kamunting pada tahun 1987, semasa Operasi Lalang dilancarkan.
Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PAS Pusat bagi sesi
2013-2015, Asmuni Awi mengumumkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua
Dewan Ulama Datuk Harun Taib mengekalkan jawatannya selepas menang tanpa
bertanding. – 10 November, 2013.


0 orang berkata:
Post a Comment