Hadi nafi laporan media Mesir
KUALA LUMPUR -
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menafikan sekerasnya
laporan media perdana Mesir pada Ahad lalu yang mendakwa beliau
dilantik menjadi setiausaha agung untuk menerajui gerakan Islam di Mesir
iaitu Ikhwanul Muslimin Antarabangsa.
Abdul Hadi juga menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan dan amat mendukacitakan apabila berita palsu itu bukan sahaja menjejaskan reputasinya bahkan menjatuhkan maruah Pas di persada politik tempatan.
"Saya menafikan berita itu, ianya bohong dan sangat mendukacitakan, tidak munasabah saya duduk di negara Timur Tengah dan saya tidak terlibat dalam pergolakan di Mesir.
"Walapun kita sokong demokrasi di Mesir dan beri hak seadil-adilnya, biar rakyat Mesir tentukan siapa kerajaan yang sebenar, kita tidak perlu campur namun kita mendokong hak itu dipulihkan segera," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau
berkata demikian mengulas lanjut laporan di muka hadapan akhbar
Al-Wathan dari Mesir dengan tajuk "Tanzim Antarabangsa Ikhwan Mesir
Menarik Diri dari Kepimpinan Ikhwan: Memilih Orang Malaysia sebagai
Setiausaha Agung" pada Ahad lalu telah mengundang pelbagai kontroversi
terhadap pemimpin nombor satu itu dalam Pas.
Dakwa Hadi
lagi, berita itu timbul dipercayai selepas kepimpinan Pas lantang
menyuarakan hak demokrasi yang dicabul kerajaan tentera Mesir sekali gus
mengheret beliau dan Pas seolah-olah terlibat dalam gerakan Islam
Ikhwan Muslimin di negara itu.
Beliau juga tidak menafikan laporan itu sengaja dicipta oleh negara Barat untuk menjatuhkan maruah umat Islam dengan menyemarakkan simptom "Islamphobia" di kalangan orang bukan Islam.
Tambah beliau pihak sedang meneliti langkah-langkah yang sesuai untuk diambil tindakan undang-undang terhadap akhbar perdana tersebut.
"Saya serahkan kepada barisan peguam Pas untuk ambil tindakan mahkamah, malah tindakan sama pernah diambil terhadap media di Britain sebelum ini dan kita menang kes itu," katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment