Australia siasat bukti penemuan MH370
-
- Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein (tengah) bercakap pada sidang media MH370 bagi hari ke-18 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari ini. - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki
KUALA LUMPUR - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin
Tun Hussein berkata, penemuan bukti yang mengaitkan pesawat MH370 di
selatan Laut Hindi akan disiasat oleh pihak kerajaan Australia.
Bercakap dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, beliau menjelaskan bahawa bukti penemuan tersebut akan dibawa pulang oleh kerajaan Australia dan dikaji oleh pasukan siasatan di negara terbabit.
"Pihak Australia akan mengambil bukti penemuan tersebut untuk dianalisis, namun pada masa yang sama, pihak Malaysia akan turut beri kerjasama untuk melakukan penyiasatan pada bukti tersebut," katanya.
Menurutnya lagi, operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan untuk hari ini berikutan dengan cuaca buruk yang melanda di perairan Laut Hindi.
"Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 akan diteruskan semula apabila cuaca semakin pulih," tambahnya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment