BN sedia hadapi kedatangan orang kuat PR
MUKAH - Barisan Nasional sudah bersedia menghadapi kedatangan beberapa
"orang kuat" pembangkang yang membantu berkempen bagi calon PKR Abdul
Jalil Bujang pada pilihan raya kecil Balingian.
Selepas mendapat suntikan semangat daripada kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya kecil Dun Kajang yang baru berakhir, "orang penting" pembangkang itu dijangka tiba esok, kata naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Beliau berkata BN sama sekali tidak bimbang apatah lagi gentar dengan kehadiran mereka kerana menaruh keyakinan penuh kepada rakyat...dan kemantapan jentera parti.
"Rakyat adalah kekuatan kami. Mereka amat komited untuk memastikan kemenangan...dan bukan sahaja kemenangan tetapi menang dengan majoriti besar,"
kata beliau ketika ditemui selepas merasmikan seminar perdagangan dan industri di sini hari ini.
Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Industri Sarawak berkata keputusan pilihan raya kecil Dun Kajang menunjukkan bahawa bukan sahaja majoriti diperoleh PKR merosot tetapi jumlah pengundi yang keluar mengundi juga berkurangan.
"Ini menunjukkan bahawa rakyat tidak berpuas hati dengan pilihan raya kecil itu yang diadakan secara paksaan.
"Walaupun hakikatnya bahawa Kajang terletak di Selangor yang dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat, parti itu menunjukkan prestasi tidak seperti dijangka,"
kata beliau.
Mengenai pilihan raya kecil Balingian, beliau berkata BN akan memastikan bahawa tempoh seminggu sebelum hari mengundi pada 29 Mac, semua bilik operasi diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk menggerakkan kempen.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan calon BN Yussibnosh Balo, 48, dicabar oleh calon PKR, Abdul Jalil Bujang, kedua-dua mereka pendatang baharu dalam gelanggang politik Balingian. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment