China mahu Malaysia serah data satelit MH370
SHAH ALAM - Pemerintah China meminta Malaysia menyerahkan kepadanya
semua analisis data satelit yang berkaitan dengan kehilangan pesawat
Malaysia Airlines, lapor agensi berita Reuters.
Permintaan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Luar China, Xie
Hangsheng kepada Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin
malam tadi.
Xie mengadakan pertemuan dengan duta Malaysia itu selepas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan pesawat Boeing
777-200 "berakhir" di kawasan selatan Lautan Hindi, berdasarkan kepada
data terbaru satelit.
Najib yang mengumumkan perkembangan terbaru mengenai MH370 kepada
pemberita malam tadi berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara ini
oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.
Najib berkata, pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini
memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan,
merumuskan pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah
Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia.
"Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan.
"Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada
anda, bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di
selatan Lautan Hindi," kata Najib dalam sidang media yang turut
disiarkan secara langsung.
Dalam kenyataan ringkasnya, Najib berkata butiran terperinci akan diumumkan pada sidang media hari ini.


0 orang berkata:
Post a Comment