'Mahu lihat bukti sebelum percaya'
IPOH – Bapa mertua kepada Ketua Pramugari MH370, Goh Sock Lay, 45, mahu
melihat bukti-bukti tentang keadaan kapal terbang yang hilang itu
sebelum mempercayai sepenuhnya menantunya itu terkorban.
Choi Tat Seng, 74, berkata, walaupun anaknya, Choi Loong Chow, 48, menghubunginya dan memberitahu mengenai berita yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun ia tidak mematahkan harapan untuk mempercayai menantunya masih hidup.
“Kami sekeluarga lihat pengumuman oleh Perdana Menteri malam tadi dan telah bersedia dengan segala kemungkinan. Isteri saya, Thong Say Moi, yang paling rapat dengan Sock Lay menangis selepas mendapat panggilan dari anak saya.
“Saya mahu percaya berita yang disampaikan oleh anak saya tetapi saya tetap mahu melihat bukti-bukti sahih sama ada bangkai ataupun serpihan pesawat yang mungkin dinaiki menantu saya itu,” katanya ketika ditemui di hadapan kedainya di Kampung Tawas di sini, pagi tadi.

0 orang berkata:
Post a Comment