Tuesday, March 25, 2014
MH370: Teori Yang Masuk Dek Akal Aku......
Walau pun aku ni bukan pilot dan tidak tahu hal-hal pesawat tetapi teori ini lebih masuk akal
Teori yang paling keji dan merepek ialah crew bunuh diri
Mula dijaja oleh kononnya pakar luar negara selepas itu lidah sial itu dipanjangkan pula oleh seorang menteri di Malaysia
Siap diarah siasat lagi!
Adakah menteri ini akan bunuh diri sekiranya kecewa dalam mengejar dunia?
Memanglah
polis akan siasat dari segenap sudut untuk mencari clue tetapi wajarkah
seorang menteri yang berkaitan mewar-warkan pula di media?
Tak fikirkah bagaimana rasa dan perasaan waris yang terlibat dengan mala petaka ini?
MH370: Kapten Zaharie Adalah Hero Sebenar
Lapangan Terbang Langkawi yang dikatakan Goodfellow
Sila lihat pada
Google Earth tentang lapangan terbang ini. Juruterbang ini melakukan
semua perkara yang betul. Dia berhadapan dengan suatu situasi sukar di
dalam kapal yang membuatkan dia segera mengambil keputusan kembali ke
lapangan terbang terdekat.
Bagi saya
kehilangan transponder dan komunikasi suatu yang masuk akal jika berlaku
kebakaran. Dalam kes kebakaran tindak balas pertama ialah menarik semua
busses utama dan memulihkan litar satu demi satu sehingga anda
mengasingkan yang rosak.
Jika mereka
menarik busses itu, pesawat akan menjadi senyap(tiada perhubungan). Ia
mungkin satu keadaan yang serius dimana mereka perlu mengawal pesawat
dan cuba memadam api. Aviate, Navigate dan akhir sekali berkomunikasi.
Melihat kepada
masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar
hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar
perlahan-lahan.
Ya, ini boleh
berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan
insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang.
Terdapat satu
insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 dimana tayarnya
terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan
penumpang.
Benar,
juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh
digunakan ketika kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada
penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa
minit.
Illustrasi pandangan Chris Goodfellow
Apa yang
berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan,
menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem
autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan
papan kawalan dalam kokpit dan seterusnya terhempas. Saya sudah katakan
empat hari lalu anda akan menemuinya sepanjang laluan itu – mencari di
kawasan lain hanya sia-sia.
Juruterbang
ini, seperti yang saya katakan adalah seorang hero yang bergelut dengan
satu situasi yang mustahil dimana dia cuba mendaratkan pesawat itu ke
Langkawi.
Tidak ada keraguan dalam fikiran saya. Itulah punca mengapa pesawat itu melakukan pusingan dan terus meluncur ke laluan lurus.
Rampasan tidak
akan membuatkan pesawat itu beralih arah secara sengaja dan menuju ke
Langkawi. Pesawat pasti terbang lebih lama sehingga perampas mengambil
keputusan membawa pesawat itu ke sesuatu lokasi.
Apa yang
menghairankan tiada seorang pun daripada pemberita, pegawai-pegawai, dan
juruterbang lain yang ditemuramah melihat perkara ini dari sudut
pandangan juruterbang.
Jika sesuatu yang buruk berlaku kemana dia akan pergi?…
Melalui Google
Earth yang hanya mengambil 30 saat saja, saya langsung ternampak
Langkawi. Membesarkan peta, dan ternampak landasan…. Naluri saya tahu
juruterbang ini mengetahui lokasi lapangan terbang itu.
Dia mungkin telah banyak kali melakukan penerbangan di situ.
Kebakaran dalam pesawat hanya menuntut satu perkara – anda perlu menurunkan pesawat itu ke atas landasan secepat mungkin.
Terdapat dua
pengalaman dalam ingatan saya. AirCanada DC9 pada tahun 80-an contohnya
telah melintasi beberapa lapangan terbang kerana juruterbang tidak
mengetahui landasan terdekat. Juruterbang itu berjaya mendaratkan
pesawat namun 30 nyawa tidak dapat diselamatkan.
Pada tahun
1998, kemalangan melibatkan Swissair DC-10 juga salah satu contoh
menunjukkan juruterbang adalah hero sebenar. Mereka baru sahaja berlepas
15 minit menuju ke Halifax tetapi kebakaran menyebabkan pesawat itu
terpaksa mendarat di lautan. Kejadian itu berlaku selepas sejam pesawat
itu berlepas daripada Kennedy. Transponder dan alat komunikasi lain
terpadam kerana mereka telah menarik busses di dalam pesawat itu.
Bagi saya itu adalah penjelasan yang mudah mengapa ia berpusing dan menuju ke arah itu.
Juruterbang seorang yang bijak, hanya tidak mempunyai masa.




0 orang berkata:
Post a Comment