GENTING GAZA - PALESTIN. Lebih 40 askar Israel maut dalam insiden pertempuran dengan sayap bersenjata gerakan Hamas yang tercetus sejak 8 Julai lalu.
Jurucakap Hamas memberitahu seramai 15 lagi askar rejim Zionis terkorban ketika bertempur dengan Briged al-Qassam di timur Genting Gaza.

Difahamkan, angka kematian askar Israel semakin meningkat selepas Operasi Perlindungan Sempadan diperluaskan pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, Israel bertindak menyembunyikan jumlah sebenar anggota yang terbunuh kononnya kerana mahu mengaburi mata masyarakat dunia sedangkan hakikat sebenarnya mereka amat menggeruni al-Qassam.