Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ATE ? TAK BOLEH LANGGO KE ?


Wednesday, July 23, 2014

Anwar Ibrahim tidak faham Perlembagaan Selangor, kata Noh Omar

 

Photo: Rabu, 23 Julai, 2014.

Anwar Ibrahim tidak faham Perlembagaan Selangor, kata Noh Omar.

Tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor baharu menunjukkan beliau seorang yang tidak memahami perlembagaan negeri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan ketua pembangkang itu juga menunjukkan seolah-olah beliau mempunyai kuasa penuh dalam menentukan kedudukan menteri besar dan menguasai PAS dan DAP.

Beliau berkata untuk menukar menteri besar perlu ada dua perkara iaitu menteri besar ketika ini (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) secara sukarela meletak jawatan selain undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kita lihat Khalid sampai sekarang cakap beliau tidak akan meletak jawatan dan pada masa sama kita lihat kenyataan pemimpin parti politik dalam pakatan pembangkang juga bercanggah antara satu sama lain," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Program Ihya Ramadan iM4U yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Manggis, Banting hari ini.

Semalam, PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Khalid yang memegang jawatan itu sejak 2008.
Keputusan itu diumumkan Anwar pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dekat sini, selepas mesyuarat majlis pimpinan pusat parti.

Khalid dalam satu kenyataan di sini hari ini bagaimanapun berkata walaupun menghormati keputusan itu beliau berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian menteri besar.

Khalid berkata setakat ini beliau akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan rakyat Selangor yang memilihnya melalui proses pemilihan yang sah.

Mengulas lanjut, Noh berkata pertukaran menteri besar di Selangor tidak boleh disamakan dengan apa yang berlaku di Terengganu berikutan negeri itu (Terengganu) mempunyai dua parti utama dalam DUN iaitu BN dengan 17 kerusi dan PAS (14) manakala Selangor mempunyai empat parti iaitu PAS dengan 15 kerusi, DAP (15), PKR (14) dan BN (12).

"Ertinya adakah 56 Adun di Selangor buat keputusan siapakah yang akan menjadi menteri besar? Kita lihat Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad seperti menyokong Khalid dan Naib Pengerusi DAP negeri Datuk Teng Chang Khim pun nampak sokong beliau (Khalid).

"Ini menunjukkan apa yang berlaku di Selangor hanyalah gimik politik semata-mata dan membuktikan pakatan pembangkang lebih mementingkan politik daripada menjaga kebajikan rakyat," katanya. – Bernama, 22 Julai, 2014.Tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor baharu menunjukkan beliau seorang yang tidak memahami perlembagaan negeri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan ketua pembangkang itu juga menunjukkan seolah-olah beliau mempunyai kuasa penuh dalam menentukan kedudukan menteri besar dan menguasai PAS dan DAP.

Beliau berkata untuk menukar menteri besar perlu ada dua perkara iaitu menteri besar ketika ini (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) secara sukarela meletak jawatan selain undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kita lihat Khalid sampai sekarang cakap beliau tidak akan meletak jawatan dan pada masa sama kita lihat kenyataan pemimpin parti politik dalam pakatan pembangkang juga bercanggah antara satu sama lain," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Program Ihya Ramadan iM4U yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Manggis, Banting hari ini.

Semalam, PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Khalid yang memegang jawatan itu sejak 2008.

Keputusan itu diumumkan Anwar pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dekat sini, selepas mesyuarat majlis pimpinan pusat parti.

Khalid dalam satu kenyataan di sini hari ini bagaimanapun berkata walaupun menghormati keputusan itu beliau berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian menteri besar.

Khalid berkata setakat ini beliau akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan rakyat Selangor yang memilihnya melalui proses pemilihan yang sah.

Mengulas lanjut, Noh berkata pertukaran menteri besar di Selangor tidak boleh disamakan dengan apa yang berlaku di Terengganu berikutan negeri itu (Terengganu) mempunyai dua parti utama dalam DUN iaitu BN dengan 17 kerusi dan PAS (14) manakala Selangor mempunyai empat parti iaitu PAS dengan 15 kerusi, DAP (15), PKR (14) dan BN (12).

"Ertinya adakah 56 Adun di Selangor buat keputusan siapakah yang akan menjadi menteri besar? Kita lihat Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad seperti menyokong Khalid dan Naib Pengerusi DAP negeri Datuk Teng Chang Khim pun nampak sokong beliau (Khalid).

"Ini menunjukkan apa yang berlaku di Selangor hanyalah gimik politik semata-mata dan membuktikan pakatan pembangkang lebih mementingkan politik daripada menjaga kebajikan rakyat," katanya. – Bernama, 22 Julai, 2014.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.