Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANUAR MUNGKIN TIDAK JANGKA SELANGOR BOLEH BERLAKU PILIHANRAYA

HANGPA MASING-MASING ADA SENJATA, HURUHARA BERLAKU BUKAN KERANA HENDAK BELA RAKYAT, TAPI KERANA JAWATAN, KEDUDUKAN DAN NEGERI KAYA, HANGPA TAK MALU KA ? Pak Karamu

 

Wednesday, July 23, 2014

Pilihan raya negeri jika Khalid kena undi tidak percaya..


Pilihan raya negeri mengejut mungkin akan berlaku di Selangor sekiranya Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa berdepan dengan usul undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana enggan berundur atas desakan partinya untuk menyingkirkan dirinya, kata peguam.

Peguam Perlembagaan berpendapat, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mungkin akan menggunakan kuasa sultan sekiranya Khalid membuat permohonan membubarkan DUN berdasarkan peruntukan dalam perundangan dan Perlembagaan negeri. 

Mereka menjangkakan pelbagai senario bakal berlaku jika Khalid enggan berundur selepas PKR mengambil keputusan menggantikan beliau dengan presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. 

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata, DUN Selangor boleh mengeluarkan Akuan Berkanun (SD) bagi menunjukkan mereka tidak lagi menyokong Khalid.

"Perwakilan boleh dihantar untuk mengadap Sultan bagi menunjukkan tahap keyakinan jika kebanyakannya tidak lagi bersama Khalid," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, senario itu akan menyaksikan sultan boleh melantik mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dicadangkan Pakatan Rakyat (PR) untuk menggantikan Khalid.

Aziz berkata, cara alternatif lain adalah melalui usul undi tidak percaya dibuat terhadap Khalid, dan jika tewas, beliau perlu meletakkan jawatan.

"Berdasarkan beberapa prinsip Perlembagaan, sultan perlu melantik menteri besar baharu apabila Khalid disahkan tewas," katanya.

Aziz berkata, undi tidak percaya pernah dilakukan terhadap bekas menteri besar Selangor Datuk Harun Idris pada 1975 dan bekas menteri besar Kelantan pada 1978 Datuk Muhamed Nasir, daripada PAS.

Undi tidak percaya mungkin akan berlaku memandangkan Khalid semalam berkata, beliau berpegang kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang memperuntukkan proses tertentu untuk menggantikan kepimpinan negeri.

"Sehingga proses tersebut selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan oleh rakyat Selangor yang memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.

"Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Selangor mempunyai tatacara pelantikan menteri besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri," katanya.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR pada Isnin memutuskan memilih Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor untuk melengkapkan "Langkah Kajang" bagi menggantikan Khalid.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, nama isterinya itu dicadangkan dan beliau yakin Wan Azizah mampu memastikan kestabilan dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR).

Majlis Tertinggi PR dijangka bertemu hari ini untuk meluluskan keputusan PKR bagi melantik menteri besar baharu.

PR hanya memerlukan undi majoriti mudah untuk menggugurkan Khalid selepas mereka membuat keputusan, sekiranya Khalid enggan berundur.

Meliputi pakatan antara DAP, PAS, dan PKR, PR mempunyai jumlah 44 kerusi DUN dengan Barisan Nasional (BN) memperolehi sejumlah 12 kerusi. PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi manakala baki 14 kerusi milik PKR.

Peguam Nizam Bashir berkata, berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri, menteri besar dan barisan exco perlu menyerahkan surat peletakan jawatan jika Khalid tewas undi tidak percaya.

Beliau berkata, sultan akan melantik Adun lain, yang mana menurutnya dipilih majoriti Adun untuk menjadi menteri besar baharu, dan Khalid juga berhak meminta Sultan membubarkan DUN bagi membolehkan rakyat Selangor memilih kerajaan baharu.

"Sultan bagaimanapun berhak menolak permintaannya dan melantik Adun lain sebagai menteri besar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Nizam berkata, segala keputusan sultan akan memberikan gambaran kehendak rakyat.

"Semua keputusan akhirnya dilakukan mengikut kepentingan rakyat," katanya.

Peguam kanan yang bercakap atas kapasiti enggan didedahkan identitinya berkata, keputusan sultan untuk membubarkan DUN juga tidak boleh dicabar di mahkamah.

"Apabila sultan menerima nasihat Khalid, tiada sesiapa yang boleh mencabarnya, meskipun berlaku proses penggantian yang lancar," katanya.

Peguam Syahredzan Johan berkata, kekalahan Khalid melalui usul undi tidak percaya dan berlakunya pembubaran DUN bakal mencetuskan situasi bahaya kerana beliau menentukan sama ada PRK akan dilakukan atau tidak.

"PRK dijangka berlaku sekiranya Khalid memohon kepada sultan untuk membubarkan DUN," katanya.

Syahredzan, bagaimanapun berkata, sukar untuk menggugurkan Khalid kerana jika itu berlaku, semua barisan exco juga perlu meletakkan jawatan.

Beliau percaya Khalid mempunyai sokongan yang mencukupi untuk kekal berkuasa.

"Adakah PR yakin untuk menggantikan menteri besar baharu tanpa pembubaran DUN," katanya.

Khalid menerima tekanan daripada kepimpinan PR untuk berundur ekoran tadbir urusnya di Selangor.

Ini termasuklah pengurusan sumber air, Lebuhraya Kidex, dan rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) lapor The Malaysian Insider

4 orang berkata:

Anonymous said...

Tenku abd rhman,abdl razak,husen on,mahadir,paklah,najib...selama dari aku kecik sampai la besar aku disuapkan dgn berita yg mereka ini tidaklah sebijak mana dan banyak pula kelemahan dan banyak pula ketirisan dan banyak pula ketidakjujuran yg mereka lakukan,ini bukan suapan sehari dua,tapi suapan selama berpuluh tahun..tapi sebodoh2 dorang ni yg terpalit dgn bermacam2 tuduhan tapi x penah lantik bini sendiri jadi menteri..aku x paham ada jugak puak yg lebih bodoh dgn berketuakan seorg yg sanggup lantik bini sendiri jadi menteri hehe..betul la agama kita pesan jgn menganggap org lain bodoh..bila kita anggap org lain bodoh saat itu lah sbnrnya kita yg lebih bodoh..inila politik demokrasi..berangan nak dapatkan seorang "umar alkhattab" di jalan demokrasi,mana maunya...mimpi basah disiang hari gamaknya..demokrasi ialah "jalan hidup" ciptaan kafir,ia sebuah sistem lengkap kehidupan,maknanya ianya 1 "jalan kehidupan"...mana maunya lahirnya seorang "umar alkhattab" di lubuk najis ni...benda simple pun kantoi..berangan banyak.."umar abd aziz" kat penang tu ialah lawak politik yg buat airmata puak2 yg membodohkan org lain mengalir terharu..huhu.

Anonymous said...

Kalau umno dia hanya nampak umno ja. Sejauh mana kotornya pakatan Tetapi kotornya tidak sekotor BN. Kotor BN umpama mughalazah, kotor pakatan baru tahap mukhafafah

Anonymous said...

mughalzah?mukhafafah?Masuk maharajalawak la..hehe.aku x pi mengundi pun..jgn la sentap x tentu pasal..umno dan pr sama je.

Unknown said...

150522hangqihangray ban sunglasses
air max 95
michael kors handbags
gucci outlet online
cheap jordans
cheap oakley sunglasses
ray bans
coach factory outlet
chanel bags
soccer jerseys
burberry handbags
oakley sunglasses wholesale
true religion
coach outlet store online
ralph lauren outlet
cheap ray ban sunglasses
coach outlet online
oakley sunglasses outlet
oakley sunglasses
nike air max
michael kors outlet
coach factory outlet
michael kors bags
fitflops sale clearance
michael kors handbag
gucci outlet
pandora charms
hollister clothing
true religion jeans
hollister clothing store
christian louboutin sale
burberry outlet
ray ban sunglasses

7

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.