Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Dua rakyat Amerika terbunuh ketika serangan darat Israel di Gaza

Posted by Admin on Isnin, 21 Julai 2014 | 0 ulasan

Tentera regim bersama kereta perisai sedang bergerak ke arah sempadan Gaza. - foto PressTV
Dua rakyat Amerika yang berjuang untuk tentera regim Israel telah terbunuh ketika serangan darat tentera regim Tel Aviv di Semenanjung Gaza yang dikepung, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat dan ahli keluarganya.

Stuart Steinberg, dari California, kata anak lelakinya berusia 24 tahun, Max Steinberg adalah salah seorang daripada 13 tentera regim Israel yang terbunuh dalam pertempuran di Gaza, semalam.

Tentera regim turut mengesahkan seorang warganegara Amerika berusia 21 tahun, Nissim Sean Carmeli, dari Texas, turut terbunuh dalam pertempuran ketika serangan regim zionis ke atas Gaza.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki, dalam satu kenyataan mengesahkan, "kematian rakyat Amerika Syarikat Max Steinberg dan Sean Carmeli di Gaza."

Tentera regim Israel berkata, 13 tentera mereka terbunuh di Gaza pada hari ketiga operasi daratnya, semalam. Kini, 18 orang tentera regim zionis telah terbunuh sejak Khamis lalu.

Sayap bersenjata pergerakan Hamas Ezzeddin al-Qassam mengeluarkan kenyataan bahawa pejuang Palestin telah membunuh sekurang-kurangnya 32 tentera Israel sejak Sabtu lalu.

Semalam, Ezzeddin al-Qassam berkata, pejuangnya telah menawan seorang tentera regim Israel, dikenal pasti sebagai Shaul Aron, semasa pencerobohan darat tentera Tel Aviv terhadap Semenanjung Gaza namun ia dinafikan oleh Israel.

Sementara itu, menurut angka yang diberikan oleh perkhidmatan kecemasan Palestin, jumlah penduduk Gaza yang terbunuh sejak permulaan operasi ketenteraan regim Israel terhadap Gaza pada 8 Julai lalu, berjumlah 504. Lebih daripada 3,000 orang telah tercedera dalam serangan itu. -PressTV

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.