Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Geng curi kereta di Cheras tumpas, empat lelaki ditangkap

01/07/2014 3:49pm

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan kumpulan mencuri kereta yang dikenali sebagai "Geng Koloi" apabila empat anggotanya ditahan dalam satu operasi khas pada minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, polis turut merampas enam buah kereta lama yang dipercayai kereta curi bernilai RM80,000.

Dalam operasi empat hari mulai 23 Jun, polis menahan seorang mekanik di sebuah bengkel di Shah Alam dan tiga lagi ditahan di beberapa kediaman di sekitar Cheras.

Beliau berkata, kumpulan itu aktif mencuri kenderaan lama dan ia melibatkan 29 kes sejak tahun lalu yang dilaporkan di kawasan Cheras.

"Modus operandi kumpulan ini ialah, seorang daripada empat lelaki itu akan pergi di suatu kawasan di Cheras untuk mencuri kereta manakala tiga lagi bertindak sebagai ejen untuk menjual kereta berkenaan dengan harga RM3,000 hingga RM4,000 sebuah," katanya.

Mohan Singh berkata, empat lelaki itu yang berumur 30 dan 40 tahun, kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kereta dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki kereta curi dan melupuskan kenderaan itu. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0701&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz36CbPOHYQ
Hakcipta terpelihara

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.