Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JAIP rampas buku zikir Syiah Bukhara


20/07/2014 10:17pm

TEMERLOH - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) merampas berdozen buku dipercayai zikir dari sebuah kumpulan yang dipercayai mengamalkan fahaman Syiah Bukhara dalam satu serbuan di sebuah kediaman di Mentakab di sini awal pagi tadi.

Ketika serbuan dilakukan, pengikut kumpulan itu berasal dari India, yang bercampur antara lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak dipercayai sedang beribadat mengikut fahaman yang bertentangan dengan yang ditetapkan Jabatan Mufti Pahang.

Ketua Unit Operasi JAIP, Mohd. Anis Mohd. Azmi berkata, seramai 19 lelaki dan 13 perempuan diambil keterangan termasuk butiran peribadi dalam serbuan pukul 3 pagi itu.

Ujarnya, serbuan dibuat hasil risikan beberapa bulan selepas menerima aduan awam yang mengesyaki berlaku penyelewengan agama di kediaman tersebut.

“Apabila pemeriksaan dibuat di dalam rumah, seramai 19 lelaki dewasa dan 13 perempuan dewasa, tiga kanak-kanak dan satu bayi berada di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu.

“Mereka dipercayai sedang beribadat mengikut fahaman yang bertentangan dengan ahli sunnah iaitu fahaman yang berlainan dengan ditetapkan Jabatan Mufti Pahang, dengan maksud lain mereka melanggar atau menyalahi fatwa dikeluarkan jabatan mufti.

“Siasatan mendapati mereka mengaku mengamalkan syiah Bukhara dan buku-buku zikir milik kumpulan itu dirampas untuk dianalisa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Anis berkata, siasatan awal ke atas pemilik rumah dan mereka yang berada dalam premis tersebut mengakui mengamalkan fahaman Syiah Bukhara dan mengamalkan fahaman itu sejak turun temurun.

Beliau berkata, pemilik rumah juga mengakui mengamalkan Syiah Bukhara tetapi tidak berdakwah dan hanya mengamalkannya dalam kalangan saudara mara terdekat.

Katanya, JAIP akan memanggil semua yang berada di dalam rumah tersebut supaya tampil ke pejabat agama Islam daerah pada 23 Julai ini untuk memberikan keterangan.

Beliau berkata, siasatan dilakukan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Sekysen 15 iaitu menyalahi fatwa, Seksyen 17 meiliki dokumen yang bertentangan dengan Ahli Sunnah dan Seksyen 18 memiliki buku, majalah dan lain-lain di dalam kawalan dan simpanan.

Menurutnya, jika sabit kesalahan ketiga-tiga seksyen itu memperuntukkan hukuman yang sama iaitu boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. - KOSMO!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.