Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pasukan siasatan khas tiba di Kiev


19/07/2014 2:15pm

KIEV, Ukraine - Pasukan siasatan khas Malaysia mengenai tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kiev di sini pada pukul 4 pagi (waktu Kiev), Sabtu.
Ketuanya, Khairil Hilmi Mokhtar berkata, pasukan itu yang terdiri daripada 131 anggota daripada pelbagai agensi kerajaan, akan berada di Ukraine sehingga 25 Julai.
"Saya harap semua proses akan berjalan lancar bagi pasukan sisatan ini,” kata Khairil Hilmi, yang juga ketua penolong setiausaha Bahagian Pengurusan Rentas Sempadan Majlis Keselamatan Negara kepada wartawan Malaysia sejurus tiba di lapangan terbang itu.
Pasukan itu, yang turut mengandungi pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia dan pegawai perubatan, berlepas dari Kuala Lumpur pada Jumaat malam dengan sebuah pesawat sewa khas.
Khairil Hilmi berkata, pasukan itu perlu membincangkan dan menyelesaikan beberapa perkara pada Sabtu memandangkan tempat pesawat berkenaan terhempas terletak kira-kira 500 kilometer dari Kiev. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0719&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz37tZaOgbz
Hakcipta terpelihara

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.