Rakyat Ukraine hulur takziah di Kedutaan Malaysia
21/07/2014 2:25pm
KIEV - Rakyat Ukraine menyampaikan ucapan takziah di pejabat Kedutaan
Malaysia di sini berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS)
MH17 terhempas pada Khamis.
Mereka bertali-arus meletak jambangan bunga, kad, lilin malah patung
anak beruang sejak dari pagi hingga ke malam di dinding kedutaan.
Kad ucapan kebanyakannya ditulis dalam bahasa Ukraine. Ada yang ditulis 'Ukraine is praying with you'.
Duta Malaysia di Ukraine, Chuah Teong Ban memberitahu Bernama orang
ramai datang seawal 7 pagi di kedutaan yang terletak di Buslivska
Street.
"Sesetenghnya berdiri bertafakur selama setengah jam sementara sesetengah yang lain membaca doa," katanya.
Jalur Gemilang di kedutaan turut dikibar separuh tiang. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment