Sunday, July 20, 2014
Mayat penumpang MH17 mula mereput, terdedah udara luar
TMI - Published: 19 July 2014
Konvensyen
antarabangsa mengarahkan pihak berkuasa Ukraine supaya menjalankan
siasatan ekoran pesawat ditembak di ruang udara. – Gambar Reuters, 19
Julai, 2014
Selepas lebih
24 jam pesawat MH17 ditembak jatuh, bau busuk daripada mayat yang
mereput dan terbakar mula memenuhi ruang udara cuaca panas di Ukraine,
lapor CNN.
Kawasan
padang lapang yang ditawan pemberontak di timur Ukraine itu masih
dipenuhi dengan mayat bergelimpangan, barangan termasuk beg dan buku
milik mereka yang menemui ajal dalam tragedi itu juga bersepah-sepah.
"Secara
kasarnya seperti kawasan kejadian jenayah terbesar didunia, dikawal oleh
lelaki berseragam dengan senjata berat dan tidak mesra," kata Michael
Bociurkiw jurucakap kumpulan Organisasi Keselamatan dan Kerjasama di
Eropah (OCSE).
Wilayah Donetsk
kini dikuasai militan pro Russi yang menafikan bertanggungjawab
melancarkan peluru berpandu terhadap MH17 yang dalam perjalanan daripada
Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Askar bersenjata itu menghalang kumpulan OSCE daripada masuk ke kawasan kejadian.
"Kami dah minta izin untuk berjumpa dan pemimpin dan komander mereka tetapi tiada siapa yang muncul
"Ada seorang
lelaki yang berseragam, lengkap bersenjata dan kelihatan mabuk menghalau
semua orang termasuk wartawan," kata Bociurkiw.
Katanya,
kawasan kejadian tidak dikawal ketat apabila wartawan dilihat berlegar
sekitar bangkai serpihan untuk membuat laporan, kata CNN.
"Kawalan
keselamatan agak longgar. Mereka sepatutnya meletakkan tanda larangan
jika tidak orang ramai akan merosakkan bahan bukti.
"Jadi banyak kerja yang perlu dilakukan dengan cepat," katanya.
Konvensyen antarabangsa mengarahkan pihak berkuasa Ukraine supaya menjalankan siasatan ekoran pesawat ditembak di ruang udara.
Namun dengan
bilangan anggota pasukan yang sedikit, mereka memerlukan lebih ramai
tenaga bantuan untuk mengendalikan 298 mayat yang bertaburan disekitar
kawasan padang.
Kementerian Luar Ukraine semalam dilaporkan berkata setakat ini 181 mayat berjaya dikutip.
Pasukan bantuan
kecemasan dilaporkan berkata, kebanyakan mayat sudah hancur dan sukar
dikenal pasti sama ada lelaki atau wanita, manakala yang lain ditemui
masih elok tanpa kesan calar.
Beberapa mayat dijumpai disebalik serpihan pesawat dan ada yang ditemui ditempat mereka terjatuh.
Wartawan bebas
Noah Sneider yang melawat kawasan kejadian memberitahu CNN bahawa ada
penumpang yang ditemui mati ditempat duduk dengan memakai fon kepala.
Ada penumpang
yang berpakaian santai untuk percutian tropika dengan bersluar pendek
dan berselipar, manakala naskhah percutian di Bali juga dilihat antara
barang yang ditemui bersepah dikawasan kejadian.
Tidak pasti siapa yang mengawal selia, atau sama ada mayat terbabit dilayan dengan bermaruah, kata CNN.
Puak pemisah Ukraine kini dalam siasatan, ekoran dituduh bekerjasama dengan Russia yang bertanggungjawab atas pesawat MH17.
Sementara itu, suhu musim panas dijangka memberi kesan kepada mayat yang masih bertaburan di sekitar kawasan padang.
"Sekarang ni cuaca masih sejuk. Tetapi jika esok panas, keadaan mungkin menjadi teruk," kata Bociurkiw. – 19 Julai, 2014.
0 orang berkata:
Post a Comment